:bismillah
:salam
Moga dirahmati Allah buat sekalian kita,
- Saya nak bertanya tentang bagaimana cara dan kaedah terbaik masa solat dukung anak....
- Apa benda yg perlu dielak semasa dukung anak tersbt??
- Adakah najis lampin anak tersebut tertanggung atas org yg bersolat??
- Minta tuan panel berikan penjelasan....sekian dan didahului dgn lafaz jazakallah...
:wassalam
:wassalam
alJawab:
Terdapat hadith Syaikhan dalam hal ini, dari Abu Qatadah RA,
" ada suatu ketika Nabi SAW solat dgn mendukung 'Umamah anak Zainab (putri Nabi SAW), pabila baginda sujud, baginda meletakkan Umamah dan ketika bangkit utk raka'at seterusnya, baginda mengambil semula 'Umamah dan mendukungnya lagi." [Bukhari-Muslim]
Tambahan Muslim, sedangkan ketika itu baginda adalah Imam di mesjid nabawi.
Fiqh alhadith:
1. Nabi saw menunjukkan cara mendukung baby ketika solat, meletakkan baby ketika sujud dan memungutnya semula bila bangkit berdiri.
2. Tidak dibahaskan perihal najis bayi itu kerana semua dilihat pada yg dzahir, jika najis itu tidak kelihatan dan baunya tidak ada, maka dima'afkan oleh syara'.
3. Peristiwa mendukung baby itu berlaku hanya sekali sahaja. Ini menunjukkan dharuratnya. maka ia bukanlah suatu kebiasaan.
Syarah oleh prof Dr hasbi alSiddiqiey alam hukum2 Fiqah Islam Jld 1, Pustaka Aman press.
sekian