SJ-05-0091 : Kekarutan dalam Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0091 : Kekarutan dalam Solat

Saya menghadapi masalah kekarutan dalam fikiran yang timbul semasa Solat atau dalam keadaan biasa di mana bermacam perkara seperti memaki atau mencarut , ada yang dikata kepada syaitan dan kekadang benda tu memantul balik kepda Allah (Nauzubillah). Tolong jelaskan keadaan saya dan solat saya ? Kadang-kadang terpaksa berhenti solat, beristighfar dan mengucap Syahadah dan solat semula. Kadang- kadang datang imej yang bukan-bukan. Saya cuba sedaya upaya menghilangkannya daripada fikiran saya tetapi ianya datang juga. Tolonglah jelaskan dengan meyakinkan saya. Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosaku.

SJ-05-0091 : Kekarutan dalam Solat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr jiemi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kami simpati dengan keadaan yang menimpa diri anda dan kita memohon kepada Allah swt agar dilindungi kita dari gangguan Syaitan.

Saudara, Solat tidak boleh dibatalkan dengan begitu sahaja, berdosa hukumnya. Ini merupakan bisikan syaitan yang sengaja ingin menggangu solat anda. Teruskan sahaja solat tersebut. Disini saya paparkan beberapa jawapan yang telah kami jawab kepada soalan2 yang lalu :-

Berbalik kepada persoalan bisikan ghaib... itu kita namakan sebagai waswas. Ini merupakan gangguan Syaitan yang seringkali mengganggu kita lebih2 lagi kalau kita melayannya. Ada perkara yang tidak mungkin dapat dikawal oleh insan yang bernama manusia. Allah berfirman :-

áóÇ íõßóáøöÝõ Çááøóåõ äóÝúÓðÇ ÅöáøóÇ ãóÇ ÂÊóÇåóÇ ÓóíóÌúÚóáõ Çááøóåõ ÈóÚúÏó ÚõÓúÑò íõÓúÑðÇ
"Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." [al-Talaaq :7]

ÝóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó ãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú
"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu " [al-Taghaabun :16]

Pohon keampunan banyak2 kepada Allah swt. Allah swt mema'afkan lintasan2 hati selama-mana yang tidak mengucapkan atau melakukannya sebagai mana sabda nabi :-

Åöäøó Çááøóåó ÊóÌóÇæóÒó áÃõãøóÊöí ãóÇ ÍóÏøóËóÊú Èöåö ÃóäúÝõÓóåóÇ ãóÇ áóãú íóÊóßóáøóãõæÇ Ãóæú íóÚúãóáõæÇ Èöåö
"Sesungguhnya Allah akan mengampunkan umatku atas apa sahaja yang terlintas difikirannya selama mereka tidak bercakap mengenainya atau melakukannya" [Hadith Riwayat al-Bukhaari #4968, Muslim #: 127]
-----------------

Kaedah mengatasi waswas ini telah kita bincangkan didalam SOALAN WAS2 DIDALAM MANDI WAJIB, akan tetapi bagi faedah bersama, saya quotekan kembali tulisan tersebut :

Nabi :saw telah memberi 2 tips utama didalam mencegah bisikan (waswas) syaitan ini :-

1. Kembali kepada Allah dengan memohon pertolongan darinya. Firman Allah swt :-

æóÅöãøóÇ íóäúÒóÛóäøóßó ãöäó ÇáÔøóíúØóÇäö äóÒúÛñ ÝóÇÓúÊóÚöÐú ÈöÇááøóåö Åöäøóåõ ÓóãöíÚñ Úóáöíãñ
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Surah al-A'raaf : 200]

Terdapat banyak sekali hadith2 Nabi mengajar kita berdo'a dan memohon perlindungan Allah dari hasutan2 syaitan, contohnya do'a sebelum masuk tandas, do'a sebelum berjima', do'a semasa berhenti disesuatu tempat. Kesemua do'a2 ini mengajar kita memohon perlindungan Allah swt dari gangguan2 syaitan. Begitu juga dengan bacaan2 al-Mi’wadhatayn seperti : surah al-Falaq dan surah al-Naas.

2. Apabila berlaku waswas tersebut, hendaklah tidak melayannya, dan menyibukkan diri kita melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Syiekh Ibn Taimiyah rh telah memberi tipsnya didalam kitab Dar’ al-Ta’aarud, 3/318, katanya :-

æåÐÇ ÇáæÓæÇÓ íÒæá ÈÇáÇÓÊÚÇÐÉ æÇäÊåÇÁ ÇáÚÈÏ æÃä íÞæá ÅÐÇ ÞÇá áã ÊÛÓá æÌåß : Èáì ÞÏ ÛÓáÊ æÌåí . æÅÐÇ ÎØÑ áå Ãäå áã íäæ æáã íßÈÑ íÞæá ÈÞáÈå : Èáì ÞÏ äæíÊ æßÈÑÊ . ÝíËÈÊ Úáì ÇáÍÞ æíÏÝÚ ãÇ íÚÇÑÖå ãä ÇáæÓæÇÓ ¡ ÝíÑì ÇáÔíØÇä ÞæÊå æËÈÇÊå Úáì ÇáÍÞ ÝíäÏÝÚ Úäå ¡ æÅáÇ ÝãÊì ÑÂå ÞÇÈáÇ ááÔßæß æÇáÔÈåÇÊ ãÓÊÌíÈÇ Åáì ÇáæÓÇæÓ æÇáÎØÑÇÊ ÃæÑÏ Úáíå ãä Ðáß ãÇ íÚÌÒ Úä ÏÝÚå æÕÇÑ ÞáÈå ãæÑÏÇ áãÇ ÊæÍíå ÔíÇØíä ÇáÅäÓ æÇáÌä ãä ÒÎÑÝ ÇáÞæá æÇäÊÞá ãä Ðáß Åáì ÛíÑå Åáì Ãä íÓæÞå ÇáÔíØÇä Åáì ÇáåáßÉ
"Waswas ini boleh ditolak dengan cara memohon perlindungan dari Allah dan tidak melayannya, dimana jika Syaitan berkata : 'Anda tidak membasuh muka anda (didalam wudhu'), katakan, 'Ya, aku telah membasuh mukaku'. Jika dia merasakan bahawa dia tidak berniat ketika solat atau tidak mengucapkan takbir, maka hendaklah dia berkata didalam hatinya, 'Ya Aku telah melakukan Niat dan berkata Allahu Akbar.' Dia hendaklah berpegang teguh kepada kebenaran dan melawan waswas yang datang terhadapnya, agar Syaitan melihat betapa kuatnya dan teguhnya dia berpegang kepada kebenaran, dan ia (syaitan) akan meninggalkan dirinya berseorangan. Jika tidak, apabila Syaitan melihat bahawasanya dia dapat dipengaruhi dan memberi repons kepada waswas, dia akan menambahkan lagi waswas sehingga dia tidak dapat mengawal hatinya dari menerima bisikan syaitan dari kalangan Jin dan Manusia, dan dia akan menghasut dari dari satu amalan kepada amalan yang lain sehingga Syaitan memandunya kearah kematian".

Beberapa perkara yang lain yang boleh anda lakukan adalah :-

1. Mempelajari amalan2 Islam (terutama ibadat)yang benar datang dari al-Quran dan Sunnah Nabi . Perkara bid'ah yang dilakukan didalam ibadat akan mengundang banyak lagi waswas; contohnya Lafaz Niat, dilakukan berkali2 sebelum melakukan solat, cuba melalukan Niat ketika takbir al-ihram. Dengan mengetahui syarat shahih didalam sesuatu ibadat dapat mempertingkatkan lagi keyakinan didalam ibadat. Contohnya : Aku telah melakukan Solat sepertimana yang dilakukan oleh Nabi , dan syaitan tidak boleh menghasut ibadat solat aku. Syaitan akan kalah dengan ilmu pengetahuan Islam yang tulen, Insyaallah.

2. Mempelajari doa2 khusus dari hadith Nabi yang shahih didalam bab2 memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan.

3. Sentiasa menyibukkan diri kita dengan berzikir kepada Allah swt; dengan kata lain, sentiasa mengingati Allah swt.

4. Sentiasa mendekat diri dengan jemaah dan memilih kawan2 yang alim dan soleh.

5. Sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt.

Demikianlah beberapa tips yang boleh dilakukan agar dapat menghilangkan bisikan syaitan dan mempertingatkan keyakinan kepada Allah swt.

Perbanyakkan zikir, bertaubat dan memohon perlindungan dari Allah swt agar dijauhi dari penyakit waswas ini. Pelajari agama Islam dari guru-guru yang benar2 faham akan al-Quran dan Sunnah Nabi :saw. Insyaallah, dengan kekuatan hati dan berbekalkan ilmu mengenai Solat, ibadat anda akan menjadi lebih baik, Insyaallah. WA.

wassalam

خيرالأمين