SJ-05-0163 : Solat berImamkan orang Syiah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0163 : Solat berImamkan orang Syiah

:salam

Sahabat saya di Ireland mempunyai kemusykilan solat di dalam masjid syiah(menurut kawannya). tapi saya mempunyai beberapa kemusyilan.

1-mereka solat jumaat
2-solat mereka tiada beza dengan komuniti sunni

nak dikatakan taqiyah mustahil sebab takkan sepanjang waktu konsisten taqiyah. apakah mungkin mereka syiah zaidiyyah yang hampir dengan sunni?

saya juga dimaklumkan islam yang hadir ke nusantara juga syiah zaidiyyah(jadi asal-usul pak nenek kita juga penganut syiah).

mohon pencerahan.

:wassalam

SJ-05-0163 : Solat berImamkan orang Syiah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bila berbicara mengenai Syiah, kita pun tak tahu samada mereka bertaqiyah atau pun tidak, dan sampai bila?

Katakan seseorang itu tidak pasti mazhab apa yang dianuti oleh kumpulan tersebut, pendapat Dr Arafat Ibrahim Minaawi, Professor Kuliyah Syariah, Universiti Islam Gaza yang diringkaskan menyebut :-

"Kebenaran mengatakan :kita tidak membezakan diantara seorang Muslim dengan Muslim yang lain melainkan jika seseorang itu berakidahkan perkara bid'ah dan bertentangan dengan al-Quran, maka jika kesemua mereka membaca al-Quran sebagaimana yang diturunkan keatas Rasulullah :saw tanpa sebarang penambahan, dan tanpa pengurangan maka dibenarkan yang lain mengikuti mereka.

Akan tetapi jika seseorang berakidah sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran, seperti mengkufurkan sahabat yang dilarang Allah, dan dibuktikan dengan dalil, maka tidak dibenarkan pada masa itu mengikuti mereka."[rujuk teks arab dibawah]

Akan tetapi, jika kita tahu bahawa mereka ini adalah Syiah, yang kita pasti belum bertaubat, maka menurut Sheikh Dr Khaalid ibn ‘Ali al-Mushayqih, jika mereka didapati membenci dan mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat lain, membaca ayat-ayat yang bukan dari ayat al-Quran, maka anda tidak boleh bersolat dibelakang mereka, kerana jelas mereka ini kumpulan yang telah sesat.

Berkata Ibn Baaz rh :-

ßá ÅãÇã Úõáã Ãäå íÛáæ Ýí Âá ÇáÈíÊ ÝÅäå áÇ íõÕáì ÎáÝå ¡ æãä áã íõÚÑÝ ÈÐáß Ãæ ÛíÑåã ãä ÇáãÓáãíä ÝÅäå íÕáì ÎáÝå
"Mana-mana Imam yang diketahui berlebih-lebihan keatas Ahl al-Bayt, sesungguhnya tidak boleh bersolat dibelakangnya, dan jika tidak diketahui perkara ini mengenainya atau orang Islam yang lain, maka sesungguh dibenarkan bersolat dibelakangnya" [Fataawa al-Syiekh Ib Baaz, 12/107]

---------
Jelas diatas bahawa jika kita tidak tahu samada mereka Syiah atau tidak, jika kaifiat solatnya sama, ayat al-Quran yang dibaca sama, bolehlah kita bersolat di belakang mereka. Akan tetapi, jika aqidah mereka jelas sebagai Syiah, walau samapun kaifiat solat mereka, kita tetap berbeza dengan mereka dari segi aqidah dan lain2. Mereka mengkufurkan sahabat, mereka mendustakan hadith-hadith, mereka merubah al-Quran, mereka memusuhi Ahl Sunnah; maka tidak dibenarkan bersolat dengan mereka.

Mereka merupakan golongan yang amat bijak berselindung dan sentiasa bertaqiyah jika memerlukan. Menurut Maulana Asri didalam muqaddimah makalah al-Ja'fariyyah tempat berselindung Syiah Ghulat, "Syiah Zaidiyyah yang ada kini sudah diresapi oleh fahaman-fahaman Syiah Ghulat yang membawa mereka keluar dari millah Islamiyyah atau sekurang-kurangnya membawa kepada bi'ah yang besar. Bagaimanapun sedikit sekali pepecahan Zaidiyah yang boleh diakui aqidahnya bersih daripada ghulu yang membawanya keluar daripada Millah". Jalan terbaik, cari masjid yang lain untuk bersolat.

Sekian, wassalam.

----------
Teks Dr Arafat Ibrahim Minaawi

ÇáÍÞ ÇáÐí íÞÇá: ÅääÇ áÇ äÝÑÞ Èíä ãÓáã æÂÎÑ ÅáÇ ÅÐÇ ßÇä ÃÍÏåãÇ íÚÊÞÏ ÈÈÏÚÉ ãÎÇáÝÉ ááÞÑÂä¡ ÝÅÐÇ ßÇä ßá ãäåãÇ íÞÑà ÇáÞÑÇä ßãÇ äÒá Úáì ÞáÈ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÈáÇ ÒíÇÏÉ æáÇ äÞÕÇä ÌÇÒ áßá ãäåãÇ Ãä íÃÊã ÈÇáÂÎÑ.
æáßä ÅÐÇ ßÇä ÃÍÏåãÇ íÚÊÞÏ ÈÔíÁ ãÎÇáÝ ááÞÑÂä¡ ßÃä íßÝÑ ÃÍÏÇ ãä ÇáÕÍÇÈÉ áÇ ÞÏÑ Çááå¡ ÅÐÇ ËÈÊ Ðáß ÈÇáÏáíá ÝáÇ íÌæÒ ÍíäÆÐ Ãä íÃÊã ÃÍÏåãÇ ÈÇáÂÎÑ.

sumber - Dr Arafat Ibrahim Minaawi. http://www.islamonline.net/LiveFatwa/Arabic/Browse.asp?hGuestID=5kC3MU

خيرالأمين