SJ-05-0215 : perihal bersin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0215 : perihal bersin

:salam

boleh tak panel ahkam perihal kan sedikit apabila bersin di dlm solat (cth: imam sdg membaca fatihah, adakh perlu diulang fatihah..teruskan atau macam mana)..
:wassalam

SJ-05-0215 : perihal bersin

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan imamsamudera dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Jika berlakunya bersin ketika solat ;

a. Anda dibenarkan mengucapkan "Alhamdulillah", sebagaimana peristiwa Muawiyah ibn al-Hakam ra. apabila bersolat dengan Nabi :saw seorang lelaki bersin dan berkata :"Alhamdulillah" dan Muawiyah ra. menjawab "Yarhamuk Allah" ( íÑÍãß Çááå).[Hadith Riwayat Muslim #537, Abu Daud #930].

b. Jika seseorang itu membaca surah dan bersin; contoh al-Fatihah, jika dia masih belum menghabiskan ayat tersebut, dia cuma perlu mengulangi ayat tersebut sahaja. Tidak perlu mengulangi keseluruhan surah al-Fatihah.

c. Andaikata bersin atau batuk atau tangisannya (si Imam) itu tidak dapat dikawal semasa membaca surah al-Fatihah, maka menurut Abu Walid al-Baaji, Imam hendaklah berundur ke belakang, dan makmum dibekangnya pula menjadi Imam. [al-muntaqa Sharh al-Muwatta', 1/290, Lihat juga al-Mughni, 1/944]. Ini disebabkan bacaan al-Fatihah merupakan salah satu dari rukun solat.

d. Didalam kes (c), jika Imam tersebut sedang membaca surah selain dari al-Fatihah, dia boleh menghentikan bacaan dan terus ruku'. Ini adalah kerana membaca surah selepas al-Fatihah hukumnya sunat. Diriwayatkan dari Abdullah ibn al-Saa'ib ra. berkata :-

Õóáøóì áóäóÇ ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çáøáåõ Úóáóíåö æóÓóáøóãó ÇáÕøõÈÍó ÈöãóßøóÉó ¡ ÝóÇÓÊóÝÊóÍó ÓõæÑóÉó ÇáãõÄãöäöíäó ¡ ÍóÊøóì ÌóÇÁó ÐößÑõ ãõæÓóì æóåóÇÑõæäó ¡ ÃóÎóÐóÊö ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíåö æóÓóáøóãó ÓóÚáóÉñ ÝóÑóßóÚó
dir="ltr">"Rasulullah :saw mengetuai kami dalam solat Subuh di Makkah, dan dia membaca surah al-Mu'minun, sehingga sampai kepada ayat yang menyebut Musa dan Haron,
Rasulullah :saw batuk, maka dia pun ruku'"[Hadith Riwayat Muslim #455]

Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan : "Hadith ini menunjukkan bahawa adalah dibenarkan memberhentikan bacaan dan tidaklah makruh melakukan demikian, jika seseorang berhenti dengan sebab". [Sharh Muslim, 4/177].

Sekian, wassalam

خيرالأمين