Aslmkm,
Kawan saya bertanya kepada saya,
"Kawan Kimos ni kadang2 sembayang Jumaat pandai mis! Dia cakap boleh mis 2 kali, tapi tak boleh mis 3 kali. Baru2 ni dia tak mis lagi! Cuma selesai sholat. Dia cabut... Tak ikut doa khutbah... Bolek ke macam tu Ustaz?"
Tolong bagi jawapan yang jelas serta berdalil, JazakAllah.
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Seluruh umat Islam bersepakat mengatakan solat Jumaat FARDHU AIN bagi setiap mukallaf lelaki yang tidak ada uzur. Berdasarkan perintah al-QUran dalam surah Jumuah dan hadis-hadis sahih. maka haram meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur walaupun SEKALI.
Manakala meninggalkan 3 kali Jumaat berturut-turut pula, dosanya adalah lebih besar dan diberi amaran akan dimaterikan atau dicop ke dalam hatinya.
Sebagaimana disebut dalam hadis yang dilaporkan oleh Abu al-Jaad al-Dhamriy, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa meninggalkan tiga Jumaat dalam keadaan mengambil ringan, maka Allah akan cop pada hatinya". Direkod oleh Abu Daud (no: 1054), dinilai sahih oleh al-Hakim (no: 10034).
Di dalam hadis Ibn Umar dan Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: "Hendaklah mereka yang meninggalkan beberapa Jumaat berhenti darinya (berhenti dari meninggalkan Jumaat), ataupun Allah akan mengecop dalam hati mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang lalai". Direkod oleh Muslim (no: 865).
Kesimpulan: Meninggalkan satu Jumaat adalah berdosa. Dan meninggalkan tiga Jumaat, dosanya lebih besar.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com