Assalamualaykum,
Kalo time baca tahiyyat akhir ada kesilapan bacaan contohnya;
attahiyyatul ...
kemudian pada lafaz "toyyibatulillah" , pada makhraj "ha" tu tersilap sikit, perlu ke ulang dari awal ayat (attahiyyatul) atau sekadar sebut semula hanya perkataan "toyyibatulillah" dengan sebutan yang betul.
Yakni, adakah sekiranya berlaku kesilapan pada perkataan dalam sesuatu ayat saya perlu ulangi semua ayat (macam dalam ayat Quran, biasanya kita ambik dari makna yang hampir sempurna yang terdekat, berbanding mengulangi keseluruhan ayat).
WA.
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Samada bacaan al-Quran atau bacaan wajib dalam solat, hendaklah dibaca dengan betul. Jika terdapat kesilapan besar (lahan jaliyy) yang mengubah makna bacaan, maka hendaklah diulangi dengan betul.
Adapun kesilapan tajwid, dan kesilapan kecil (lahan khafiyy) ia tidak merosakkan sembahyang.
Dalam kes saudara, tidak mengapa mengulangi perkataan yang tersilap sahaja, In Sya Allah.
Dalam bacaan Quran, jika terpaksa berhenti pada satu-satu tempat yang sepatutnya tidak berhenti (seperti pada waqaf qabih), maka hendaklah diulangi dari tempat yang lebih awal supaya tidak memberi makna yang mengelirukan.
http://abuumair1.wordpress.com