SJ-05-0536 : Solat Masbuk, bacaan tasyahud

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0536 : Solat Masbuk, bacaan tasyahud

Salam,

Merujuk:
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=38921&p=154763&hilit=kamin#p154763

Persoalan ini merupakan khilaf dikalangan ulama' Mazhab. Imam al-Syafie rh berpendapat bahawa rakaat pertama seseorang makmum (masbuk) mendapatkan Imam adalah merupakan rakaat pertamanya, dan bukan rakaat Imam (contohnya Imam sudah berada di rakaat akhir solat Zohor). Maka duduk makmum adalah secara iftirasy dan membaca tashahhud awal.

Bagi Imam Abu Hanifah rh, Malik rh dan Ahmad rh berpendapat bahawa rakaat pertama yang didapati oleh makmum bukanlah rakaat pertama baginya, akan tetapi adalah rakaat Imam. Misalnya rakaat keempat Imam adalah rakaat keempat Makmum yang masbuk. Maka posisi duduk makmum adalah tawaruk dan membaca seperti tashahhud akhir sebagaimana Imam lakukan.

Jika anda masbuk, anda hanya perlu membaca selawat keatas Nabi :saw jika anda berpegang kepada Mazhab Syafie, dan jika anda berpegang kepada Mazhab yang lain, maka memadai membaca Tashahud sehingga Syahadah. WA.

mana satu yang harus kita buat.. saya tak pandai pilih2 pendapat ni, or bebas pilih mana2 je?

contohnya saya solat Zuhur, masuk pada rakaat ke-2, duduk tasyhahud akhir tu baca sampai syahadah dan duduk iftirasy je ke?

apa yg saya buat selama ni, masuk rakaat 2 ke 3 ke 4 ke; duduk iftirasy + baca sampai solawat kepada nabi dan keluarga Nabi (kadar minima utk bacaan tahiyyat akhir).

Re: Solat Masbuk, bacaan tasyahud

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada.

Pendapat yang perlu anda pilih ialah mazhab yang anda ikuti. Sebelum mempelajari fiqh perbandingan, pastikan anda telah mahir tentang satu Mazhab Fiqh. Bagi kita di Malaysia, Mazhabnya adalah Mazhab Syafie, maka pilih mazhab Syafie. Tidak perlu 'memilih-milih' jika belum mantap dengan Mazhab yang kita pegang. Pegang kepada Mazhab Syafie, mudah untuk belajar, bertanya pendapat dan merujuk kepada kitab-kitabnya.

Bagi Mazhab Syafie, jika seseorang itu masbuk dan Imam membaca tashahud akhir, maka makmum hanya perlu membaca sekadar bacaan tashahud awal sahaja. Apa yang anda amalkan, bukanlah sebagaimana yang diamalkan didalam fiqh al-Syafie. Perbezaannya telah kami jelaskan di tuatan di bawah :-

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=38921&p=154763&hilit=kamin#p154763

Namum demikian, ada ulama' Syafie yang membenarkan seorang yang masbuk membaca tashahud akhir habis dengan alasan agar tidak lama menanti Imam menghabiskan bacaan tashahud akhir (menyibukkan diri membaca tashahud akhir), dan bukan dengan alasan kerana mengikut Imam yang berada pada Rakaat Terakhir.

Dalam Mazhab Syafie, ada 3 perkara yang masbuk tidak perlu mengikuti Imam semasa Imam Tashahud Akhir :-

1. Cara duduk Imam dan Makmum berbeza
2. Bacaan Tashahud makmum masbuk berbeza dengan bacaan Imam
3. Makmum yang masbuk tidak ikut salam bersama Imam.

Kesimpulannya, kalau kita belum mantap didalam sesuatu mazhab fiqh, usah kita menyentuh perbahasan mengenai khilaf ulama'. Perkara ini sangat detail dan memerlukan penelitian. Ilmu fiqh juga ada asas dan tahapnya. Kita tidak boleh melangkah tahap didalam mempelajarinya. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين