SJ-05-0540 : Mengambil yang lebih (rakaat solat)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0540 : Mengambil yang lebih (rakaat solat)

:salam

Saya adalah sorang yg was-was. Merujuk:
http://usrahzonpiasau.blogspot.com/2009/04/menghindari-dari-penyakit-was-was.html

Manakala disisi mazhab Imam Malik pula berbeza, bagi orang yang selalu sangat dan kerap datang padanya penyakit was-was ini dia hendaklah melawan dengan penyakit tersebut iaitu dengan cara dia mengambil yang banyak, misalnya apabila dia mendirikan sembahyang selalu datang was-was adakah dia dalam rakaat kedua atau ketiga maka disisi [b]Mazhab Maliki dia wajib mengambil yang banyak, bermakna dia hendaklah mengambil yang tiga bukannya dua rakaat berbeza pula dengan mazhab Syafie dia hendaklah mengambil dua iaitu yang sedikit, antara sebab yang membawa Imam Malik berbuat sedemikian ialah kerana penyakit ini hendaklah dilawan sekiranya kita mengambil yang sedikit bermakna penyakit kita itu dapat dilawan disebabkan dorongan pada diri kita mengatakan yang bilangan rakaat tersebut tidak cukup maka kita lawan apa yang ada di dalam hati kita itu mengatakan bahawa ianya cukup

boleh tak saya ambil pendapat imam malik dalam kes solat.. contohnye bila solat masbuq sesudah imam bagi salam time saya setelkan sendiri pun ade gangguan. keluar jamban pun confuse dah basuh ehem ke belum, tapi badan basah lenjun huh.

Re: Mengambil yang lebih

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah

Jumhur berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu syak keatas berapa bilangan solat, maka hendaklah dia membina bilangan rakaatnya atas apa yang kurang. Malah menurut Dr Wahbah al-Zuhaily, Mazhab Maliki pun berkata :

ومن شك في صلاته، هل صلى ركعة أو اثنتين، فإنه يبني على الأقل
“Dan barangsiapa yang syak/ragu didalam solat, apakah dia telah bersolat satu rakaat atau dua rakaat, maka sesungguhnya hendaklah dia bina keatas apa yang kurang…” [al-Fiqh al-Islami, 1/97, cet ke 3, 1989].

Masalah ini ialah bagi mereka yang syak atau terlupa rakaat sekali-sekala, yang bukan lazimnya berlaku didalam dirinya, akibat penyakit waswaas.

Secara umumnya, merujuk kepada persoalan diatas, mereka yang mempelajari fiqh perbandingan ini adalah mereka yang telah mendalami satu mazhab secara khusus (misalnya Mazhab Syafie) dan ingin membuat perbandingan dengan Mazhab yang lain. Ini merupakan pelajaran advance didalam matapelajaran fiqh. Bagi mereka yang belum mendalami satu Mazhab secara khusus, mempelajari pelbagai Mazhab akan mengkonfiuskan lagi, malah akan menimbulkan penyakit waswaas.

Ternyata, fiqh muqarran ini bukan penyelesaian kepada masalah waswaas yang anda hadapi. Lagi banyak perselisahan yang anda pelajari, makin kuat waswaas anda. Ambil pendapat Syeikh Sa’ad al-Humaid, mudah-mudahan dapat membantu menghilangkan waswaas anda. Nasihat beliau :-

نصحك أولا بضرورة مراجعة طبيب نفسي ، واحرص على أن يكون مسلما حتى يتفهم مشكلتك .

ثانيا : عليك الأخذ بالأسهل دائما ، ولا تفكر في الذنب أو العقوبة ، ومالم تفعل فقد يطول أمد مشكلتك فالصلاة التي تشك في أنك صليتها ثلاثا أو أربعا يجب عليك اعتبارها أربعا . والعضو الذي تشك في غسله يجب عليك اعتبار أنك غسلته ، وهكذا في كل قضية تعرض لك خذ الأيسر والأسهل فيهما ، فإن فعلت فستكون غالبت الشيطان الذي أوقعك في هذا الوسواس القهري ، شفاك الله وعافاك
“Nasihat kami kepada anda, pertamanya hendaklah berjumpa dengan pakar psikologi, dan cari doktor Muslim yang memahami anda.

Kedua : Anda hendaklah mengambil pilihan yang mudah. Jangan ambil peduli Dosa atau Azab. Jika anda tidak mengikut nasihat ini, masalah anda akan berterusan. Didalam solat jika anda tidak pasti (syak) samada anda telah bersolat 3 atau 4 rakaat, andaikan anda telah berada pada rakaat ke 4. Dan bahagian badan anda samada anda telah basuh atau tidak semasa berwudhu’, andaikan bahawa anda telah membasuhnya. Ini boleh diaplikasikan kepada semua situasi yang anda hadapi : AMBIL PILIHAN YANG MUDAH. Jika anda melakukan ini, anda telah menewaskan Syaitan yang telah memasukkan waswaas. Moga2 Allah menyembuhkan anda dan memberi kesihatan kepada anda”

Kesimpulannya : Bagi mereka yang normal apabila berlaku syak keatas rakaat, hendaklah dibina atas apa yang kurang. Jika rakaat ke 3 atau 4, maka ambil yang 3. Akan tetapi, bagi mereka yang mempunyai penyakit waswaas, membina satu keyakinan adalah yang terpenting, gunalah saranan Syiekh Sa’ad al-Humaid. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين