SJ-06-0079 : Jamak Lebih 5 Hari

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0079 : Jamak Lebih 5 Hari

Assalamualaikum...
Ustaz..

Saya nak tanye..
1) boleh ke jamak lebih dari 5 hari...

Saya nyatakan situasi yg dihadapi..
Rakan2 sekelas saya buat 1 lawatan sambil belajar ke kilang n hospital..
hari pertama kami bertolak.
hari kedua,ketiga keempat,kelima..kami ada lawatan di hospital n kilang..pagi hospital n petang ke kilang..then hari keenam baru balik..

boleh ke kami buat jamak + qasar slama 6 hari tu?

hrp ustaz dpt membantu...

SJ-06-0079 : Jamak Lebih 5 Hari

:salam

Bismillahi wal hamdulillah,

Terdapat pendapat dari kalangan Ulama yang membenarkan seseorang itu menjamak dan menqasarkan solatnya walaupun melebihi daripada 3 hari , dengan syarat ia tidak berniat untuk bermaustatin di atau menetap di tempat tersebut.dalam erti kata lain , ia pergi bermusafir atas suatu urusan dan akan kembali semula ke tempat tinggalnya.

Dalilnya , ialah hadis Anas bin Malik ra :

ÎÑÌäÇ ãÚ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ãä ÇáãÏíäÉ Çáì ãßÉ ÝßÇä íÕáì ÑßÚÊíä ÑßÚÊíä ÍÊì ÑÌÚäÇ Çáì ÇáãÏíäÉ

Kami telah keluar (bermusafir) bersama Rasulullah saw dari Madinah ke Mekkah.Maka Baginda saw bersolat dengan 2 rakaat 2 rakaat sehinggalah kami pulang”

(HR Imam Bukhari 1081 , Imam Muslim : 693)

Dalil di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah saw mengerjakan solat secara qasar selama mana tempoh berada di Mekkah sehinggalah Baginda saw pulang semula ke Madinah.

Malah dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa tempoh masa Rasulullah saw berada di Mekkah atau dalam perjalanan ke Mekkah sebagaimana berikut :

* 19 hari (Riwayat dan lafaz dari Imam Bukhari , dari Ibn Abbas : 1080)
* 15 hari (HR Abu Daud : 1230 , 1231)
* 18 hari (HR Abu Daud : 1229)
* Rasulullah saw berada di Tabuk dan mengqasarkan solat selama 20 hari (HR Abu Daud : 1235)

Maka pendapat yang rajihnya ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah bahawa , seseorang yang bermusafir , dibolehkan untuk menjamak dan menqasarkan solatnya selama mana pun tempohnya selagi mana ia tidak berniat Iqamah (menetap) di tempat tersebut.

WA

Ruj :

Taudhih al-Ahkam min Bulughil Maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Jilid 2 , bab Solat dalam keadaan musafir dan sakit.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com