:salam:
Lama dah tidak bertandang ke Al-ahkam sejak bertukar ke port 2020 nih.. ingatkn dah takde.. mane ble takde, mengeletar sendi2 kalau lama tak jengok al-ahkam.. ketagih le katakan.. hehehe :D
Pertamanya sy ingin memohon maaflah kalau soalan ini soalan berulang yg menyemakkan.. jika sudah ada harap boleh di tunjukkan linknya insyaAllah..
okeh persoalannya ialah mengenai doa hujung/awal tahun ini.. sy mendapat tahu bahawa tidak ada nas yg kukuh untuk disandarkan bagi doa hujung dan awal tahun ini seperti doa yg diletakkan di laman jakim:
http://www.islam.gov.my/program/doamaalhijrah.html
tapi laman jakim tuh pun tiada pula diletakkan yg ia adalah dari hadith atau amalan nabi cumanya mungkin dapat di tunjukkan akan mana asal sumber akan syaitan berkata2 tuh? syaitan bagi tahu kat siapa ye? kompiuse juga sy sebenarnya nih.. al maklumlah dah lamaaa daah buat, skrg baru tahu takde nas shahih rupanya.
kemudian sy juga ingin bertanya, apakah doa2 atau amalan2 yg dianjurkan dalam kita umat islam memasuki tahun baru dalam hijrah ini.
insyaAllah, sy mengambil peluang ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada panel2, moderator2 serta ahli2 al-ahkam.net... moga tahun ini bertambahlah iman, amal serta barakah dari Allah kepada kita semua.. amin..
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr penjejak_badai dengan kadar kemampuan yang ada. Terima sdr penjejak_badai kerana masih bersama al-ahkam.
Benar, tidak ada nas shahih yang menjelaskan mengenai terdapatnya do'a2 dengan lafaz tertentu yang diamalkan pada waktu2 tentu apabila menjelang tahun hijrah yang baru. Begitu juga dengan do'a yang di amalkan sebelum dan selepas masuk waktu Maghrib yang biasa dilakukan oleh masyarakat kita, tidak ada dalil yang menunjukkan ia datang dari Nabi saw. Bagi kita yang ingin berdo'a bersendirian menggunakan do'a tersebut tidak ada masalahnya oleh kerana kandungannya tidak mengandungi perkara2 yang menyalahi syariat. Menetapkan berapa kali harus dibaca, waktu bila hendak dibaca dan menyandarkan do'a ini kepada Nabi saw, perkara ini yang tidak dibenarkan, malah merupakan satu pendustaan yang besar kepada Nabi saw.
Mengucap tahniah juga merupakan suatu jenis do'a. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid pernah ditanya mengenai lafaz tahniah yang dilakukan pada tahun baru hijrah :-
ÞÇá ÇáÅãÇã ÃÍãÏ ÑÍãå Çááå : áÇ ÇÈÊÏÆ ÈÇáÊåäÆÉ ÝÅä ÇÈÊÏÃäí ÃÍÏ ÃÌÈÊå º áÃä ÌæÇÈ ÇáÊÍíÉ æÇÌÈ ¡ æÃãÇ ÇáÇÈÊÏÇÁ ÈÇáÊåäÆÉ ÝáíÓ ÓäÉ ãÃãæÑÇ ÈåÇ ¡ æáÇ åæ ÃíÖÇ ããÇ äåí Úäå
Berkata Imam Ahmad rh :'Tidak memulakan mengucapkan tahniah, dan jika seseorang memulakan maka aku akan jawabnya! Kerana sesungguhnya menjawab salam adalah wajib, dan memulakan dengan ucapan tahniah bukanlah sunnah yang diperintahkan dengannya, dan dia juga bukanlah apa yang ditegah dengannya" -[di petik dari Fatwa Islam Online : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=65763 ].
Kesimpulannya ulama menyatakan bahawa do'a dan ucapan tahniah dengan lafaz2 tertentu tidak didatangkan dari Nabi saw, dengan kata lain ia bukanlah amalan yang disunatkan. Walaubagaimana pun seseorang yang ingin berdo'a bersendirian tanpa mereka-reka kaifiat tertentu dan mengucapkan tahniah kepada sahabatnya tidak dilarang. WA.
Anda juga boleh melihat perbincangan ini didalam al-ahkam di URL berikut :-
Amalan Awal Muharam - Adakah ia benar atau batil?
http://www.al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=11075
wassalam
خيرالأمين