Assalamualaikum, saya inginkan kepastian benarkah bahawa utk melakukan Qunut Nazilah kita perlu mendapat arahan ataupun keizinan drp Pemerintah Negara terlebih dahulu sebelum melakukannya? Jika perlu siapakah pemimpin tersebut dlm konteks negara kita? Adakah Yang Dipertuan Agong atau Perdana Menteri?
Sumber Rujukan Islam Anda..
Waalaikumussalam wrt wbt
Bismillah Wal Hamdulillah Wa Ba'd :
Qunut Nazilah adalah antara masalah fiqhiyyah. Apabila umat Islam ditimpa bala dan kesusahan, maka hendaklah didoakan kepada mereka agar terselamat daripada bala tersebut.
Ada khilaf di kalangan fuqaha' siapakah yang boleh berdoa qunut?
Ada yang berpendapat : al-Imam al-A'zam pemimpin tertinggi sesebuah Negara sahaja
Ada pendapat mengatakan hanya imam setiap masjid sahaja
Pendapat terakhir mengatakan setiap orang yang solat boleh melakukan qunut nazilah.
Menurut al-Uthaimin ini adalah pendapat yang sahih kerana umum sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyanglah sebagaimana kamu melihatku bersembahyang"
Hadis ini juga merangkumi qunut Nabi s.a.w. ketika bala menimpa umat Islam.
Wallahualam
(Kutub wa Rasa'il li al-Uthaymin 116/53-54)