:salam
1.Apakah perkara yang paling afdal dilakukan kepada seseorang islam ataupun kaum keluarga pesakit yang sedang nazak.
2.Bolehkah seseorang yang sedang nazak mendengar ahli-ahli keluarganya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ataupun membaca di telinga secara kuat sebutan "allah" dan menyuruh orang yang sedang nazak mengucapkannya.
3.Sekiranya seseorang yang sedang nazak kelihatan gelisah dan cuba berkata tetapi tidak boleh,apakah perkara yang terbaik dilakukan.
4.Bolehkah seseorang wanita mendirikan sunat solat jenazah dan bagaimana kedudukan saf mereka semasa solat dijalankan.
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Ada beberapa perkara yang digalakkan untuk kita lakukan ketika mengadap orang yang nazak. Diantaranya :
- Hendaklah kita menTalkin kepada orang yang nazak dengan ucapan ‘Lailahaillallah”. Sabda Nabi :saw :-
Sabda Nabi :saw didalam hadith yang lain :-
Begitu juga hadith berikutnya :-
- Hendaklah seseorang itu tidak menyuruh orang yang sedang nazak itu melafazkan syahadah, akan tetapi memadai membaca kalimah “áÇ Åáå ÅáÇ Çááå” . Hendaklah seseorang itu mentalkinkan bacaan tersebut tanpa mengeraskan suaranya.
- Hendaklah kita mendo’akannya dan janganlah berkata-kata dihadapannya melainkan perkara yang baik, sebagaimana hadith Ummu Salamah bahawa Nabi :saw bersabda :-
- Ulama’ khilaf mengenai status hadith yang menggalakkan seseorang itu membaca surah Yasin ketika berdepan dengan orang yang sedang nazak. Didalam sebuah riwayat dari Muqbil bin Yasar ra. ada menyebut, bahawa Nabi :saw bersabda :-
Dikalangan muhadith ada yang mendhaifkan hadith ini. Jumhur Imam mazhab, tidak termasuk Maliki, menggalakkan membaca Yassin ketika seseorang itu nazak (dan bukan selepas dia meninggal dunia).
Syeikh Abdul Aziz bin Baaz ketika membincangkan khilaf ini menyebut, walau bagaimanapun adalah sesuatu yang baik membaca al-Quran dihadapan orang sakit (dan nazak), dan moga2 Allah memberi munafaat kepadanya. [Fataawa Ibn Baaz, 13/93].
------------------
Solat jenazah disyariatkan kepada lelaki dan wanita. Sabda Nabi :saw :-
Saf solat lelaki dan wanita didalam solat jenazah adalah sebagaimana didalam solat jemaah yang lain. WA.
Rujukan : - Syeikh Nasyiruddin al-Albani. “Ahkam al-Janaaiz”.
Sekian, wassalam
خيرالأمين