:salam
Kecoh mengenai kematian Yasmin Ahmad...rujuk url dibawah...
http://www.malaysiakini.com/news/109373
http://www.malaysiakini.com/news/109505
soalan saya
1)BOLEH ATAU ADA TEGAHAN KITA AMBIL I'BRAH DARI SETIAP KEMATIANNYA??BUKAN UTK MENGAIBKAN ARWAH...TAPI SEKADAR AMBIL PENGAJARAN...
2)ADAKAH INI DIKATEGORIKAN SEBAGAI MEMBUKA AIB SIMATI??..
3)DINAMAKAN MEMBUKA KEAIBAN SIMATI ITU ADAKAH SEBELUM PADA PENGEBUMIAN ATAU SELEPASNYA??
Pohon jelaskan jika ada bersumberkan quran dan hadis...
t.kasih... :wassalam
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصخبه ومن والاه
Secara umum, Islam melarang menyebut keburukan orang yang telah meninggal dunia. Sebagaimana termaktub dalam hadis sahih daripada Aisyah r.a:
لا تسبوا الأموات فإنهم قد أفضوا إلى ما قدموا
Maksudnya: Jangan kamu mencerca orang-orang yang sudah mati. Kerana sesungguhnya mereka telah sampai kepada (pembalasan terhadap) apa yang mereka lakukan.
Direkod oleh Bukhari (no: 1329)
Cercaan terhadap orang mati tidak membawa faedah yang besar. Jika dia di sisi Allah sebagai ahli syurga, maka cercaan itu tidak kena pada tempatnya. Jika dia di sisi Allah sebagai ahli neraka, maka cukuplah neraka sebagai balasannya.
Cercaan terhadap orang mati juga boleh melukakan hati keluarganya yang masih hidup. Tersebut dalam satu hadis daripada Al-Mughirah:
لَا تَسُبُّوا الْأَمْوَاتَ فَتُؤْذُوا الْأَحْيَاءَ
Maksudnya: Jangan kamu mencerca orang-orang yang sudah mati, nescaya kamu akan menyakitkan orang-orang yang masih hidup.
Direkod dalam Musnad Ahmad (no: 18210).
Larangan menyebut keaiban simati adalah umum samada sebelum pengebumian atau selepas pengebumian. Kerana Aisyah berkata:
كفوا عن ذى قبر
Maksudnya: Hentikan daripada memperkatakan tentang orang di dalam kubur.
Cuma, ada ulama menyebut bahawa jika simati pada ketika hayatnya seorang yang fasiq dan masyhur serta mendedahkan kefasiqannya, maka tidak mengapa menyebut keaibannya, demi maslahah supaya orang tidak mengikutinya.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com