:salam
Adakah ada doa khusus yg perlu dibaca semasa di antara 2 khutbah.. saya selalu lupa doa tu, boleh guna doa sendiri?
kedua, sekiranya pada tahiyyat awal terbaca bacaan tahiyyat akhir, boleh ke b erenti sekerat je (tak abiskan), sebab bacaan tu tak sepatutnya dibaca pada tahiyat awal?
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Q1 - Tidak ada do'a khusus yang disarankan semasa Imam duduk diantara dua khutbah. Ada Fuqaha' yang menggalakkan membaca al-Quran pada waktu tersebut, dan ada juga yang menyebut bacaan surah al-Ikhlas secara khusus, sebagaimana hadith Jaabir ibn Samurah ra riwayat Muslim.
Al-Khatib al-Syarbini menyatakan bahawa kadar duduk diantara 2 khutbah itu adalah sepanjang surah al-Ikhlas. Tidak dibincangkan surah mana atau zikir apa yang harus dibaca. Akan tetapi didalam Sahih Ibn Hibbaan, Nabi :saw dikatakan membaca al-Quran didalamnya. Mughni al-Muhtaaj [1/557].
Kesimpulannya ialah pada waktu berdiam diri diantara dua khutbah, seseorang itu dibolehkan membaca do'a, berzikir atau membaca al-Quran. Bacaan tersebut tidak boleh dibaca secara kuat (jahr) kerana akan mengganggu makmum yang lain. Tidak ada do'a khas yang disarankan untuk dibaca.
Q2 - Tidak ada masalah jika anda terbaca zikir tahiyyat akhir didalam tahiyyat awal, dan berhenti membaca apabila teringat. Solat masih sah.
Sekian, wassalam
خيرالأمين