SJ-07-0202 : Doa rutin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0202 : Doa rutin

Adakah diperbolehkan sekiranya setiap hari dilakukan pembacaan doa dengan ayat berlainan secara beramai-ramai sebelum bermulanya waktu bekerja. Minta diberi penjelasan dan nas-nas tertentu mengenai pembacaan doa harian atau doa rutin ini.

Re: Doa rutin

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Soalan seperti ini telah dijawab dahulu. Berikut adalah petikan jawapab lalu:

- Tidak ada halangan daripada syarak untuk berkumpul dan berdoa secara jemaah, iaitu seorang melafazkan bacaan doa secara umum, dan yang lain mengaminkan doanya.

- Tetapi dengan syarat amalan itu tidak dijadikan amalan tetap seperti setiap hari, atau seminggu sekali, atau sebulan sekali, atau setiap kali selepas solat fardhu, atau setiap kali sebelum memulakan sesi pembelajaran atau apa-apa aktiviti, atau apa2 yg berbentuk tetap.

- Imam Ahmad bin Hanbal ditanya: Adakah ditegah suatu kumpulan berkumpul sambil mereka berdoa dan mengangkat tangan mereka?
Jawab Imam Ahmad: Aku tidak menggapnya suatu yg dibenci, jika mereka tidak berkumpul secara berterusan.

- Adapun menjadikannya sebagai suatu adat yg diulang-ulangi pada waktu2 tertentu, maka ia termasuk dalam perkara bidaah.

Wallahu A'lam

rujukan:
Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqeem oleh Ibn Taimiyyah 1/305

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=97&t=36826