saya nak tanya
1.baru2 ni saya puasa qada...saya berbuka ikut azan KL di tv sebab saya yakin di tempat saya(bentong phg) masuk maghrib lebih awal..tapi waktu saya tgh berbuka barula azan di tempat saya tu berkumandang...jadi..saya rasa was2 dgn puasa saya ...dan setiap waktu mmg azan di surau tu lewat 3-5 minit dari KL ..tapi selalunya memang bentong yang masuk waktu dulu..sekarang adakah saya perlu qada balik puasa saya?
2.fatihah kene baca selepas imam habis baca..tapi jika imam terlalu cepat smpai makmum tak sempat abis,boleh ke trus rukuk...?
3.dan kalau was2 dengan bacaan fatihah dan tak sempat habiskan fatihah dan trus ikut imam rukuk,adakah die kene ganti balik rakaat itu?
4.
kalau adik saya ade penyakit kencing skit2,ditambah dengan angin yang keluar taktau ikut qubul atau dubur waktu solat ,bolehkah dia ikut pendapat satu wuduk satu solat walaupun dia amik semayang kat umah,dan bila sampai di masjid,bila die terkencing die trus solat tanpa wuduk baru ..adekah dia perlu wuduk lagi skali dengan menukar seluar dalam baru?
begitu juga kalau keluar angin waktu perjalanan ke masjid,die trus solat sebab sudah berwuduk di rumah...soalan sama,perlukah die berwuduk
dan bila solat tarawih,perlukah dia ulangi wuduknya
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ
perlu difahami beberapa perkara:
i- dalam puasa, waktu berbuka adalah dengan masuknya waktu maghrib, samada di tempat anda org azan atau tidak, atau azan dilewatkan. yg diambil kira: masuk waktu.
ii- dalam masalah syak, kaedahnya ialah: kembali kepada asal. jika syak adakah masuk waktu atau tidak, maka asalnya belum masuk waktu.
berkaitan soalan di atas, anda mestilah memastikan bahawa pada anda tarikh berpuasa itu, adakah waktu maghribnya lebih awal daripada kaw Wilayah Persektuan KL ataupun lebih lewat. anda boleh rujuk dalam taqwim negeri.
-Jika benar lebih awal, maka puasa anda dikira SAH.
-Jika KL lebih awal, dan anda berbuka pada waktu azan di TV, bererti puasa anda tidak sah. dan anda mestilah qadha' puasa itu balik. kerana: kaedah feqah yg masyhur: Tidak diambil kira zangkaan yg terang-terang tersilap. dan berdasarkan kaedah: kembali kepada asal.
http://abuumair1.wordpress.com
jika di belakang imam yg solat secara jahriyah (nyaring), ada dua pandangan masyhur:
1) makmum wajib juga baca fatihah.
2) makmum tidak wajib baca fatihah, hanya dengar bacaan imam
kerana ada dua dalil umum yg bercanggahan pd zahirnya:
1) perintah al-Quran supaya apabila dibaca quran, maka hendaklah senyap dan mendengarnya.
2) hadis yg menyebut tiada sembahyang melainkan dengan membaca fatihah.
jika berpegang dengan qaul mazhab syafie: wajiblah baca juga al-fatihah, dan sebaik2nya ketika imam senyap.
tapi jika imam telah buat rukun lain, maka makmum tidak boleh ketinggalan dengan 2 rukun panjang. jadi, kalau setakat rukuk, maka hendaklah dihabiskan dulu fatihah makmum itu.
ini perincian mazhab syafie.
bagi yg berpegang fatwa yg mengatakan 'bacaaan imam itu ialah bacaan makmum' dan 'tidak wajib membaca fatihah di belakang imam', (pendapat ini disokong dan diperkuatkan oleh ibn taimiyyah) maka tidak timbul masalah ini. bila imam rukuk, boleh terus ikut imam samada selesai baca atau tidak.
http://abuumair1.wordpress.com
mesti dilihat kepada keadaan adik anda;
i- jika keadaan itu berlaku pada sesetengah keadaan, tetapi ia tidak berterusan, contohnya bila berlaku keluar kencing atau angin itu, kemudian ia terhenti agak lama, maka dia mesti solat ketika terhenti itu. ini tidak termasuk dalam hukum org yg salis baul.
ii- jika penyakit itu berterusan, sekejap2 ia keluar, wlupun sikit, tetapi berterusan, maka ini dinamakan salis baul. dan hukumnya sama seperti wanita yg kena istihadhah, iaitu:
-berwudhuk apabila masuk waktu
-bersegera sembahyang setelah berwudhuk
-mesti berjaga2 setakat yg mampu
kalau mengikut keadaan ini, jika surau berdekatan dengan rumah, maka tidaklah mengapa wudhuk di rumah.
tetapi jika perjalanan dari rumah ke masjid makan masa panjang dari segi urufnya, maka hendaklah bersuci di masjid.
walaupun dilihat ia agak menyukarkan, tetapi apa yg terjadi adalah satu ujian dari ALlah, dan mudah2an Dia menggandakan pahala adik anda.
keluar angin pun, hukumnya sama seperti kencing dari segi membatalkan wudhuk, dan bagi yg terkena salis reih (angin x henti) sama seperti salil baul (kencing x henti) seperti yg diterangkan di atas.
masalah ini, boleh bersolat sunat seberapa banyak yg mahu dengan satu wudhuk sahaja.
wallahu a'lam.
http://abuumair1.wordpress.com