SJ-08-0104 : Korek hidung,Niat Puasa Sebulan,Tarawih d rumah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0104 : Korek hidung,Niat Puasa Sebulan,Tarawih d rumah

Salam
Soklan pendek, try cari dlm arkib tapi tak jumpa

1)Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat mengambil wuduk, membuang najis dlm rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya
2)Niat puasa sebulan straight, adakah ianya diterima?
3)Boleh ke kita tarawih kat rumah je sbb rasanya zaman Rasulullah tak de jamaah tarawih. Maaf, saya faham ruh tarawih masa kini memperdengar kan al quran sejuzuk dan mempersatukan ummah dan jamaah di introduce semasa khulfa ar rasyidin rasanya?
4)Saya ada megikut masjid bersembahyang 10 rakaat tarawih dah 1 rakaat witir, adakah ini bid'ah atau di bolehkan?

Jazakallah

SJ-08-0104 : Korek hidung,Niat Puasa Sebulan,Tarawih d rumah

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu' juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah;

æóÈóÇáöÛú Ýöì ÇáÇöÓúÊöäúÔóÇÞö ÅöáÇøó Ãóäú Êóßõæäó ÕóÇÆöãðÇ

Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

2) Ada fuqaha mengharuskan niat secara sebulan puasa, dan tidak wajib niat setiap malam. Di kalangan ulama terkemudian, pendapat ini dipilih oleh Syeikh Uthaimeen.

Katanya: Kalau kamu bertanya mana-mana orang Islam, nescaya mereka akan berkata bahawa mereka berniat untuk puasa selama sebulan. Jadi, sekalipun tidak berlaku niat hakiki pada setiap malam, tetapi dia sudah dikira berniat dari segi hukumnya. (Syarh Mumti').

3) Solat tarawih boleh didirikan berjemaah atau berseorangan. Kedua-duanya pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Cuma, secara berjemaah, baginda hanya melakukan dalam beberapa malam pertama sahaja kerana bimbang jika dilakukan secara konsisten dengan berjemaah, nanti ia difardhukan.

Dari segi afdhal, ramai fuqaha memasukkan solat tarawih dalam jenis solat yang disunatkan berjemaah.

Kata Imam Nawawi, "Solat tarawih secara berjamaah adalah lebih afdhal kerana ia adalah ijmak sahabat dan seluruh umat merata tempat". (Majmuk 4/32).

4) Sabit dalam hadis sahih baginda tidak pernah melebihi 11 rakaat pada Ramadhan dan bukan Ramadhan. Sebagaimana dalam Bukhari (no: 1096) dan Muslim (no: 738).

- Perbuatan Nabi SAW bukan bermakna menghadkan kepada bilangan itu. Kata Ibn Taimiyyah: Barangsiapa yang beranggapan bahawa qiam Ramadhan terdapat jumlah yang telah ditentukan daripada Nabi SAW, tidak boleh ditambah atau dikurangi, maka dia telah silap.

- Kerana itu ada salaf membuat 20 rakaat, 36 rakaat, dan 40 rakaat.

- Maka, apa yang anda sebut adalah dibolehkan. Wallahu A'lam.

- Boleh dirujuki artikel Tuan Haji Kamin di: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=110527