SJ-09-0006 : Persoalan mengusap Rukun Yemeni

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0006 : Persoalan mengusap Rukun Yemeni

Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah umi sekedar bertanya dan JKK syeikh atas pencerahan. Lagi satu yang ingin umi tanya ialah tentang tawaf di sekeliling Ka'abah. Masa umi pergi kursus tempoh hari ada seperkara yang buat umi berfikir iaitu mengusap Rukun Yamani. Sebab sebelum ni tak pernah umi tahu tentang ini. Umi cek dari beberapa kitab dan memang sohih ada perlakuan begitu oleh Rasulullah saw. Cuma bagaimana ya praktiknya? Sebab kita kena sentiasa Ka'abah di kiri kita dan dada tidak mengadapnya maka akan terbatal pusingan tersebut. Harap dapat pencerahan. JKK terlebih dulu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." (mafhum surah al-A'raaf: 201)

SJ-09-0006 : Persoalan mengusap Rukun Yemeni

Ini kena tanya Hj Kamin kita. bab praktikal haji dia dah lakukan semua. ana belum lagi. Tapi usap Rukun Yamani tu memang sahih, cuma amatlah susah, almost impossible tambahan pula kaum wanita.

ummimq (not verified)
SJ-09-0006 : Persoalan mengusap Rukun Yemeni

Harap Haji Kamin dapat jawab tentang Rukun Yamani tu ya. asif

SJ-09-0006 : Persoalan mengusap Rukun Yemeni

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Saya minta ma'af banyak2 Ummimq sebab tak perasan persoalan diatas. Insyaallah, saya akan cuba menjawabnya dengan kadar kemampuan yang terbatas.

Saya sengaja menarik soalan ini ke ruangan fiqh agar ia mudah di index dan di rujuk kemudian hari; baik bertujuan rujukan atau pun pembetulan.

Benarlah mengusap Rukun Yemeni (Bucu/Corner Yemeni) ini merupakan salah satu sunnah didalam tawaf semasa mengerjakan ibadat Haji sebagaimana yang diriwayatkan didalam hadith Ibn Umar ra "bahawa Rasulullah :saw tidaklah mengusap kecuali Hajar Aswad dan Rukun Yemeni" [Sahih al-Bukhari dan Muslim].

Didalam hadith yang lain, diriwayatkan juga oleh Ibn Umar ra :-

ãÓÍ ÇáÍÌÑ ÇáÃÓæÏ æ ÇáÑßä ÇáíãÇäí íÍØøÇä ÇáÎØÇíÇ ÍØÇð
dir="ltr">"Menyentuh hajar Aswad dan Rukun Yemeni akan menghapuskan dosa" [Hadith Riwayat Imam Ahmad, di kelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Jami' #2194]

Cuma, terdapat perbezaan diantara mengusap (menyapu) Rukun Yemeni dan Hajar Aswad [Manaasik al-Haj wa al-Umrah, Syeikh Nasyiruddin al-Albani] :-

a. Hajar Aswad
- menyentuh dan mengucup Hajar Aswad, jika tidak mampu,
- menyentuh dengan tangan dan mengucup tangannya, jika tidak mampu
- menggunakan isyarat dengan tangan

b. Rukun Yemeni
- menyentuh Rukun (bucu) Yemeni (tidak mengucup),
- atau jika tidak mampu, tidak perlu melakukan apa-apa

Menurut Syeikh Nasyiruddin al-Albani :-

æíÓÊáã ÇáÑßä ÇáíãÇäí ÈíÏå Ýí ßá ØæÇÝÉ ¡ æáÇ íÞÈáå ¡ ÝÅä áã íÊãßä ãä ÇÓÊáÇãå áã ÊÔÑÚ ÇáÅÔÇÑÉ Åáíå ÈíÏå .
dir="ltr">"Hendaklah menyentuh Rukun Yemeni dengan tangan setiap kali melaluinya dan tidak menciumnya, dan jika dia tidak berupaya menyentuhnya maka tidak perlu membuat apa-apa isyarat dengan tangannya"
----------

Yang di maksudkan menjadi Ka'bah disebelah kiri adalah kerana pergerakan kita ialah anti-clockwise semasa tawaf. Kita tidak boleh melakukan tawaf menurut pusingan jam (iaitu menjadikan ka'bah disebelah kanan). Maksudnya, apabila sampai ke rukun Yemeni, bolehlah tangan kanan kita memegangnya jika keadaan membenarkan (tidak sesak), bukanlah sampai tidak boleh bergerak langsung (yang penting, Ka'bah masih lagi berada di sebelah kiri kita). Cuma jarang sekali terutamanya didalam musim haji kita dapat menyentuh Rukun Yemeni.

Sekian, wassalam

خيرالأمين