SJ-09-0043 : guna duit non muslim gi HAJI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0043 : guna duit non muslim gi HAJI

:salam
nak penjelasan ttg seorg non muslim, sponsor kita pegi buat ibadat haji. adakah boleh kita terima atau tolak secara elok?
mohon penjelasan. terima kasih
:wassalam

Re: guna duit non muslim gi HAJI

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Seorang Islam boleh menunaikan Haji dengan menggunakan dana yang diberi oleh seseorang, tidak kira Muslim atau Non-Muslim. Apa yang penting ialah dana tersebut hendaklah diperolehi dari dana yang halal; misalnya bukan melalui penjualan barangan haram, duit yang diperolehi dari riba bank, dsb.

Sebagai contoh, seseorang yang bekerja disebuah syarikat Minyak masakan, diberi hadiah perkhidmatan cermalang oleh majikannya yang bukan Islam (Non-Muslim) untuk menunaikan Haji, maka dia boleh menerimanya.

Secara umumnya, tidak semestinya seseorang itu wajib menggunakan wang sendiri untuk pergi Haji. Didalam Fatwa al-Lajnah al-Daemah ada menyebut tentang seseorang yang ditanggung sepenuhnya perbelanjaan Haji oleh seorang wanita, maka jawatan kuasa tesebut mengatakan : “Sahnya haji seseorang tidak terjejas dengan hakikat dia tidak membelanjakan wangnya sendiri, atau dia membelanjakan sedikit wangya, dimana orang lain yang membayar perbelanjaan Hajinya dengan jumlah yang besar. Maka jika dia memenuhi Syarat, Rukun dan Wajib Haji, maka dia telah memenuhi kewajipan ibadat Haji, walaupun orang lain yang membayar perbelanjaannya” [Fataawa al-Lajnah al-Daedmah, 11/34]

Perkara yang terpenting adalah sumber pemberian itu hendaklah datang dari sumber yang halal. Berkata Ibn Umar ra :-

أَفْضَلُ الْحُجَّاجِ أَخْلَصُهُمْ نِيَّةً ، وَأَزْكَاهُمْ نَفَقَةً ، وَأَحْسَنُهُمْ يَقِينًا
“Haji yang paling afdal adalah mereka lakukan dengan Niat yang sangat Ikhlas, Nafqah mereka yang sangat bersih (pendapat bersih) dan keyakinan mereka yang sangat baik” [al-Madkhil, 4/210]

Sekian,wassalam

خيرالأمين