:salam
Moga dirahmati Allah,
Pohon penjelasan tentang permasalah dan hukum yang diterima pakai di Malaysia dan pandangan terrajih mengenai penggagihan wang zakat kepada golongan sayyed (keturunan rasulullah SAW)....ada yg kata tak leh kasi...ada yg kata bleh kasi...
Minta penjelasan terkini dari ulamak muktabar tentang isu ini....
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr anakMINANG04 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Jika dimaksudkan golongan Sayyid ini dari kalangan keturunan "wali2", maka hukumnya sama sahaja seperti kelapan2 asnaf zakat. Jika memenuhi syarat, maka mereka juga boleh menerima zakat. Akan tetapi, jika sayyid itu merujuk kepada keturunan Rasulullah :saw, maka terdapat hukum yang khas mengenainya. Mereka ini dikenali sebagai ahl-Bayt (áÂá ÇáÈíÊ). Menurut al-Syarh al-Mumti' (6/258) Ahl al-Bayt adalah :-
Apakah mereka boleh menerima zakat? Menurut fatwa al-Lajnah al-Daa'imah (fatwa #7778, Jld 10/68) :-
Al-Nawawi ketika membicarakan makna "Sesungguhnya Zakat/Sedekah tidak boleh diberikan kepada keluarga Muhammad", menunjukkan bahawa ia dilarang samada mereka terlibat didalam mengutip dan mengagihkan zakat atau disebabkan mereka miskin dan memerlukan, atau salah satu dari alasan yang 8. Beliau mengatakan ini adalah pandangan yang benar menurut mazhabnya.
Makna "kerana ianya dikeluarkan dari kotoran manusia" menunjukkan sebab larangan tersebut, dimana mereka diberi penghormatan mereka tidak layak menerima kotoran tersebut. 'Kotoran manusia' bermakna manusia membersihkan harta mereka dengan berzakat sebagaimana firman Allah swt :-
Kesimpulannya, bagi keturunan Abdul Muttalib, mereka dikategorikan sebagai ahl bayt dan tidak dibenarkan menerima pemberian zakat sebagaimana yang dijelaskan dari hadith diatas. Cuma fenomena ahl bayt ini bukanlah sepertimana yang didakwa oleh setengah2 pihak seperti Syiah dsb. Bak kata Syiekh Muhammad Al-Mukhtar Al-Shinqiti :-
"But this Islamic definition has nothing to do with the popular culture on the issue of Ahlul- bayt. For example, millions of people claim to be descendants of the Prophet for worldly motives. Nobody knows today who belongs to Ahlul- bayt and who does not. "
(terjemahan : akan tetapi definsi ini tidak ada kena mengena dengan kebudayaan yang popular mengenai isu ahlul bayt. Contohnya berjuta-juta orang mendakwa bahawa mereka adalah keturunan Nabi :saw dengan mempunyai tujuan2 tertentu. Tiada siapa sekarang ini yang tahu siapa yang tergolong kepada Ahlul Bayt dan siapa yang tidak). :aklam
wassalam
==========
Rujukan :
1. Fataawa Al-Lajnah al-Daa’imah li al-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa al-Ifta' - 10. susunan Syeikh Ahmad bin Abdul Razak al-Dauwish. cetakan ke 3. Riyad : Daar al-Mu'ayyad, 2000. ms 68.
2. Syiekh Muhammad Al-Mukhtar Al-Shinqiti . Fatwa Umum, 14 April 2004. url : http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=dBzEVw
خيرالأمين
:salam
Fatwa Prof Dr al_Imam Yusof alQaradawi
Ijtihad muttakhir dari Prof alQardhawi (gambar sebelah) dalam Tesis Doktorat alAzharnya, Fiqh Zakat: 2/233-234, Beyrut: Mu'assah Risalah edisi ke 2, 1973)
Dr Qardhawi berfatwa bahawa keturunan RasuluLlah saw sekarang BOLEH menerima Zakat.
Hujah beliau:
1. Larangan RasuluLlah saw tidak Qat'iy (amat jelas sekali maksudnya). Larangan itu (mengambil sedeqah dan zakat) adalah kerana kedudukan Nabi saw pada masa itu sebagai Ketua Kerajaan dan Nubuwwah. Ia bersifat sementara.
2. Istilah ali Muhammad (keluarga Muhammad) itu sendirinya bukanlah istilah baku yg terpakai hingga Kiamat. Lihat keturunan yg disebut dalam alQur:an spt Ali-Imran (keluarga Imran), ali Ibrahim, ali Fir'aun. Ini kerana istilah2 itu hanya valid dan terpakai pada zaman tertentu sahaja dan tidak kekal sampai Kiamat. Maka begitulah status ali Muhammad saw.
Pendapat alQardhawi ini secocok dgn sebahagian madzhab Maliki dan Hanafi. Menurut fuqaha Maliki, alSawi ( Bughah alSalik, alHalabi, Cairo: 1/232), dan Ibn alHumam dari fuqaha Hanafi (Fath alQadeer, Cairo, alHalabi: 2/272)
berpendapat ali Muhammad saw boleh menerima Zakat sekarang.
Hujahnya: Zaman itu ali Muhammad menerima Khumus (dalil AQ 8: anfaal: 41) dari baytul Maal. Sekarang khumus itu sudah dihapuskan, maka mereka boleh menerima zakat.
Rumusan:
Apa yg disampaikan oleh Syaikh Kamin dari Lajnah Fiqh al_Ahkam adalah dari Fiqh Hanbali yg mewakili pendapat Jumhur.
Apa yg disampaikan oleh thtl adalah dari Fiqh alMuqaran dari pakar Fiqh Kontemporer, Dr alQardhawi.. Allah sahaja yg mengetahui kebenaran yg muktamad dalam hal ini.
:aklam
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah. Benar kata syeikh thtl. Sekadar tambahan, ulama2 kontemporer melihat bahawa pada zaman yang tiada lagi wujud khums, mereka dibenarkan menerima zakat. Menurut Syeikh Ibn Taimiyah rh :-
Malahan Syeikh Ibn Utsaimin rh juga menyebut :-
:aklam, wassalam
خيرالأمين