SJ-11-0145 : Mengenai Duit Tabung Masjid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0145 : Mengenai Duit Tabung Masjid

:salam

Moga dirahmati Allah,

Saya ingin mendapatkan pandangan ahli panel tentang penggunaan duit tabung masjid....

1) Adakah duit kutipan sumbangan orang ramai kepada masjid hanya boleh digunakan utk perkara khusus dalam masjid saja cth..pembiayaan eletrik dan air saja???...adakah duit derma tersebut tidak boleh digunakan utk pembangunan masjid dan kebajikan kepada ahli kariah yg lain???

2) Adakah perlu kalo j/kuasa kariah menggunakan duit tersebut dalam lingkungan kariah dia saja...tidak boleh menjangkau batasan sempadan kariah yang lain???...ada pandangan mengatakan kalo hendak guna diluar batasan sempadan kariah...perlu mendapatkan persetujuaan setiap ahli kariah yg telah mendermakan duit tersebut???

3) bolehkah duit derma kepada masjid tersebut dibuat pelaburan dalam bank oleh j/kuasa kariah masjid???

4) Bolehkan duit derma tersebut diberikan kepada ahli j/kuasa yang telah memberikan sumbangan masa, tenaga dan kewangan mereka sebagai bonus atau elaun tahunan atas kerja mereka???

Jika ada pandangan ulama mengenai isu ini...tolong berikan utk panduan dan hujah...

sekian, terima kasih.

:wassalam

SJ-11-0145 : Mengenai Duit Tabung Masjid

:wassalam

al-Jawab:

Isu-isu dalam pengurusan dana mesjid ni termasuk dalam bab Ta'mir mesjid yang dibawah bidang kuasa majlis agama-agama negeri dan selalunya petugas mesjid akan diberi kursus bagaimana mentadbir-urus dana mesjid supaya derma orang ramai dapat ditadbir dengan baik sebagaimana kehendak pemberi derma tersebut.
Ia tidak ada satu garispanduan yang standard dalam AQ maupun assunnah. yang penting kakitangan (AJK mesjid) dikepalai oleh orang yg amanah dan terpecaya dan semua akaun mesjid hendaklah diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung mesjid supaya masyarakat peka dgn aliran keluar masuk akaun mesjid. sekian