SJ-11-0176 : JUALAN BUKU TAK SHARIAH COMPLIANT

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0176 : JUALAN BUKU TAK SHARIAH COMPLIANT

Assalamualaikum.

Ana ada kemusykilan. Ana tengok ramai jugak org Melayu/Islam kita termasuklah yg berkopiah yg membuka kedai buku-buku agama dan akademik, tetapi dalam masa sama turut menjual majalah-majalah umum dan buku-buku yg pada zahirnya tidak "Shariah Compliant" spt majalah gosip, artis, novel cinta, buku pasal kristian, hindu, buddha, fengshui dsb.

Confiuslah ana, apa hukum pendapatan yg diraih hasil dari jualan buku-buku tersebut? Takkanlah mereka ni tak faham hukum atau buat tak tahu je atau apakah memang ada hukum yg mengharuskan jualbeli tersbut.

Harap dapat jawapannya, terima kasih.

SJ-11-0176 : JUALAN BUKU TAK SHARIAH COMPLIANT

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Penjualan buku-buku tersebut perlu dilihat kepada 2 perkara :

1. Jika buku-buku yang dijual , adalah buku-buku yang mendatangkan lebih banyak maslahah daripada mafsadah seperti mengandungi berita-berita , maklumat dan pengetahuan yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat , maka jualan buku tersebut adalah harus dan dibenarkan dalam Islam , walaupun terdapat sedikit gambar-gambar atau perkara yang tidak menepati syarak.Ini kerana hujjah dan sudut maslahat lebih kuat dan diutamakan.

2. Jika buku-buku tersebut mengandungi lebih banyak mafsadah daripada maslahah seperti gambar2 dan perkara-perkara yang tidak menepati syarak lebih banyak daripada manfaat serta buku-buku tersebut boleh mendatangkan kemudharatan dalam masyarakat dengan adanya fitnah , gossip , kata-kata / ucapan yang tidak mendatangkan faedah dan sebagainya , maka tidak syak lagi jualan buku-buku seperti itu tidak dibenarkan dalam Islam.

WA

Sumber :

http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=4058

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com