SJ-11-0185 : Lanjutan SJ-11-0182 : Urusniaga Internet

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0185 : Lanjutan SJ-11-0182 : Urusniaga Internet

:salam
Urusniaga internet biasanya menggunakan kad kredit.
Urusniaga harus dan sah, tetapi penggunaan kad kredit yg ada unsur RIBA.
Adakah masih diharuskan ?
Penjual membenarkan pengunaan kad kredit sedangkan tidak disyaratkan kad kredit memenuhi kehendak syariah (Kad kredit BIMB misalnya).
Kiranya pembeli yg membeli dan terlibat dengan interest bank adakah penjual dikira bersubahat juga ?

Mohon penjelasan kerana khuatir untuk berurus niaga menerusi internet ini...

SJ-11-0185 : Lanjutan SJ-11-0182 : Urusniaga Internet

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Penggunaan kad kredit yang anda nyatakan diatas dibenarkan berdasarkan beberapa syarat sebagaimana resolusi yang dikeluarkan oleh OIC pada tahun 2000 :-

a. Betul, adalah tidak dibenarkan kad kredit dikeluarkan oleh orang Islam (Institusi Kewangan Islam), akan tetapi seorang Islam yang menerima kad kredit dibenarkan kerana ia memberi pengguna pilihan samada menggunakan kaedah bunga atau membayar keseluruhan transaksi didalam masa yang ditetapkan tanpa dikenakan bunga (riba). Kontrak tersebut bukanlah kontrak pinjaman, tetapi ia adalah sempena penerimaan hawalah.

b. Dibenarkan menanda tangani kontrak kad kredit and menggunakannya dengan 2 syarat :

1. Pengguna hendaklah boleh membayar didalam jangkamasa yang ditetapkan (within the grace period).

2. Pengguna tidak akan melakukan pengeluaran cash (cash withdrawal atau Cash Advance). Kerana pengeluaran cash akan terus dikenakan bunga tanpa ada jangka masa (grace period).

Jika seseorang itu akur kepada syarat yang ditetapkan oleh OIC, maka transaksi internet yang menggunakan kad kredit tersebut sah.

Terdapat juga ulama' yang mengharamkan penggunaan kad kredit yang non-islamic walaupun pengguna bertujuan membayaranya didalam jangkamasa yang ditetapkan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa kontrak tersebut ada menyatakan riba, dan walaupun seseorang itu mampu membayar dengan jangkamasa yang ditetapkan, akan tetapi apa yang terjadi jika seseorang itu lupa dsb, lantas terjebak juga ia didalam transaksi riba. Syeikh menyebut bahawa perkara ini menyentuh mengenai perkara yang akan datang; bagaimana seseorang itu boleh menjamin apa yang akan berlaku (dengan kata lain, siapa yang boleh menjamin (akan datang) bahawa dia boleh membayar dalam jangka masa yang ditetapkan, tanpa riba??) Majallat al-Dakwah, no:1754, ms. 37.

Sebagai langkah berhati-hati, gunakanlah kad kredit Islamik (eg: al-Rajhi Bank) sebagai altenatif transaksi halal, baik menggunakannya di internet atau diluar internet. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين