ASSALAMU'ALAIKUM....
Bagaimana hukum seseorang yg. yelah mewasiatkan rumah dan kereta kpd. tunangnya, melalui seorang kawan secara bersurat, dan telah meninggal dalam bertunang. bagaimana cara penyelesaian wasiatnya itu?? terima kasih.
Sumber Rujukan Islam Anda..
ASSALAMU'ALAIKUM....
Bagaimana hukum seseorang yg. yelah mewasiatkan rumah dan kereta kpd. tunangnya, melalui seorang kawan secara bersurat, dan telah meninggal dalam bertunang. bagaimana cara penyelesaian wasiatnya itu?? terima kasih.
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Disempurnakan wasiatnya sebagaimana yang termaktub dalam surat wasiatnya jika menepati syarat wasiat, iaitu had maksima harta yang diwasiatkan ialah 1/3 sahaja daripada hartanya. Kemudian ia bergantung kepada penerimaan atau penolakan oleh penerima wasiatnya. Jika dia menyatakan penerimaan wasiat tersebut selepas kematian lelaki itu, maka disempurnakan wasiat tersebut.
Sekian.
http://abuumair1.wordpress.com