Salam..
1) Ana ad kemusykilan ttg muamalat..fenomena yg sering berlaku di malaysia apabila krisis ekonomi melanda..ad org yg beli rumah pd waktu krisis spt ini krn harganya murah lalu d'jualkn pd kdaan ekonomi yg stabil dgn harga yg mahal..adkah urusniaga ini halal?
2) blhke kite beli rumah dlm hutang dan pd mse yg sme kita sewakan rumah 2?
WA
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
1) Perbuatan membeli barangan ketika murah dan menjualnya ketika harga tinggi dibenarkan, dan keuntungan yang diperolehi adalah halal, Alhamdulillah.
Ia tidak termasuk dalam hukum ihtikar, kerana ihtikar ialah: Membeli barangan makanan asasi pada waktu biasa, dan menyembunyikannya supaya harga melambung, kemudian menjualnya dengan harga yang tinggi.
Manakala membeli ketika waktu murah dan menjual ketika harga tinggi, ia bukan ihtikar dan tidak haram. (Fatawa Imam Nawawi 2/75).
2) Boleh membeli rumah dengan cara berhutang (bayar secara tangguh), kemudian menyewakannya pula pada masa yang sama. Kerana tidak ada larangan daripada syarak daripada yang demikian.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com