:salam
...Bismillahhirrahmanirrahim...
Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 3. Hadis Nombor 2196.
Qutaibah menceritakan kepada kami,
Ibnu Lahiah memberitahukan kepada kami,
dari Amr bin Suaib dari ayahnya dari datuknya bahawa
Rasulullah SAW bersabda: "Siapa saja seorang laki-laki yang berzina dengan perempuan merdeka atau perempuan hamba sahaya maka anak itu adalah anak zina, dia tidak mewarisi harta pusaka dari ayahnya dan tidak di warisi." Selain Ibnu Lahiah meriwayatkan hadis ini dari Amr bin Syuaib. Berdasarkan hadis ini menurut para ahli ilmu bahawa anak zina tidak mewarisi harta pusaka ayahnya.
bagaimanakah tahap hadis ini?
Bagaimana para ulama fiqh memahami hadis diatas?
Timbul persolan di kepala saya,
1)Anak zina itu langsung tidak dapat harta pusaka, walaupun ayahnya(yang memancarkan air mani didalam rahim ibunya) berkahwin juga dengan ibunya itu.?
2)Anak zina itu memang tidak akan dapat waris harta pusaka daripada ayahnya(bukan dari air mani lelaki ini)?
Pesaka anak zina dan anak lian memang tidak boleh mewarisi atau diwarisi hartanya dari pihak pihak lelaki.Dr Abd Karim Zaidan dalam Mufassal Jil 11(ms 403) menakrifkan anak zina sebagai anak yang lahir dari hasil hubungan jantina yang tidak syarie antara lelaki dan wanita.anak tak sah taraf ini hanya dinasabkan kepada ibu dan saling mewarisi antara keduanya juga saudara seibunya(jika ada)
Mengenai status hadis dan huraian bagi kes no (1)-pandangan(mengenai nasab) bertentangan dengan Jumhur dari segelintir fuqaha seperti al-Hasan dan Ibnu sirin)secara detail...mungkin panel lain boleh terangkan.WA