SJ-11-0272 : Pembinaan Masjid Peruntukan Penuh Kerajaan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0272 : Pembinaan Masjid Peruntukan Penuh Kerajaan

:salam

:bismillah

Moga kita dirahmati Allah..

Perkara yang berlaku adalah seperti berikut:

a- Pihak kerajaan telah peruntukkan RM4juta utk bina sebuah masjid. Kontraktor telah bersetuju dengan harga tersebut dan kerja pembinaan telah berjalan dan dimulakan..

b- TindakanJ/K Pembinaan Masjid Baru skrang dengan menubuhkan 'Tabung Pembinaan Masjid Baru'...dan diseru warga kariah untuk menderma dan niat berwaqaf untuk sumbangan pembinaan masjid baru tersebut....sehingga kini jumlah tabung tersebut mencecah RM130 ribu...

Kemusykilannya.....

1- Apakah hukum kutipan wang tersebut??? dimana projek tersebut sudah mencukupi untuk pembinaan masjid tersbt....

2- Apakah hukum pihak J/K Pembinaan Masjid Baru tersebut menggunakan dan membelanjakan wang kutipan tersebut untuk pembinaan selain dari bangunan masjid???cth perkakaskegunaan masjid...pembinaan tembok tanah, pagar masjid dan turap jalan...sedangkan diseru derma dan waqaf untuk bina masjid...

3-Berkait dengan soalan no.2....adakah sampai niat pewaqaf utk pembinaan masjid, sedangkan wang tersbt digunakan utk sekadar pembinaan pagar, turap jalan sahaja???...

4- Jika hukum di atas adalah tidak boleh dan salah atau yang membawa maksud yang sama....apakah cadangan pihak panel untuk membelanjakan wang RM130 ribu tersbt dan cadangan kepada pihak J/K tersebut..????

Jika boleh diselitkan sekali dengan dalil utk hujah mengatasi permasalahan diatas....

Terima kasih atas keperihatinan ahli panel...

:wassalam

Re: Pembinaan Masjid Peruntukan Penuh Kerajaan

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InsyaAllah.

Secara umumnya, waqaf bermaksud menahan harta atau membekukan harta, atau mengasingkan harta dan menghadiahkannya ke jalan Allah. Harta itu hendaklah sesuatu yang mendatangkan munafaat semasa ianya berada disitu, seperti rumah, kedai, tanah, kebun dan sebagainya. Kebaikkan darinya datang dari harta yang asal, misalnya kebun sebagai harta asal, munafaat akan terbit darinya seperti mendapat sewa, tempat tinggal, tanam-tanaman, dsb. Wang yang diberi kepada masjid atau tanah untuk dijadikan masjid boleh juga datang dari harta waqaf.

Soalan 1 : Soalan pertama menyentuh mengenai pembiayaan masjid yang dikata telah lengkap, akan tetapi masjid masih lagi mengutip dana untuk dijadikan waqaf.

Waqaf merupakan derma yang dilakukan oleh seseorang dengan niat dan tujuan tertentu. Bagi persoalan diatas ini, cuba check/periksa balik LAFAZ AKAD semasa memberi wang waqaf tersebut. Jika lafaz akad waqaf tadi spesifik kepada perkara tentu sahaja, seperti binaan masjid, maka duit tersebut hanyalah boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Dari sudut lain pula, waqaf dalam bentuk wang tidak semestinya digunakan pada masa itu sahaja, ia berkemungkinan digunakan pada kemudian hari untuk tujuan pembinaan masjid juga. Realiti sekarang, projek pembinaan masjid tidak mungkin cukup dengan dana kerajaan sahaja. Dana sentiasa diperlukan untuk membaik pulih masjid.

Soalan 2 : Boleh atau tidak duit waqaf digunakan bukan untuk binaan masjid?

Pada asasnya, dana wakaf hendaklah digunakan diatas apa yang diniatkan oleh pewakaf. Namun demikian, timbul isu terdapatnya wang berlebih, bolehkan muazzin, tok siak atau Imam mendapat munafaat darinya. Menurut Ibn Taimiyyah rh :-

يجوز أن يُعطى الإمام والمؤذن من مثل هذا الوقف الفائض رزق مثلهما ... بل إذا كانا فقيرين وليس لما زاد مصرفٌ معروف جاز أن يصرف إليهما منه تمام كفايتهما
"Dibolehkan memberi Imam dan Muazzin dari pembayaran lebihan dana waqaf dan bayaran selalunya diberikan kepada orang yang sedemikian.... bahkan jika mereka (Imam atau Muazzin) itu miskin dan tidak ada syarat khas yang menjelaskan bagaimana dan untuk apa duit lebihan harus dibelanjakan, maka dibenarkan memberi kepadanya, memastikan keperluan mereka mencukupi" [Majmu' fataawa, 17/31].

Ada satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah, ulama' melarang dana wakaf di gunakan bagi tujuan menghiaskan masjid; misalnya membeli barang-barang perhiasan masjid, ukiran-ukiran, permaidani yang mahal-mahal, dsb. Menurut fuqaha' :-

لا يصح الوقف على تزويق المسجد أو نقشه، ولا على عمارة القبور
"Tidak sah mewakafkan harta untuk mencantikkan atau menghias masjid, dan juga binaan keatas kubur" [al-Fiqh al-Manhaji, 5/23].

Larangan tersebut atas dasar "tidak boleh membazirkan harta pada perkara yang tidak ada munafaatnya".

Ulama sepanjang zaman menurut al-Khatib al-Syarbini (Mughni Muhtaj) mengatakan "sepakat mengatakan harus mewakafkan tikar dan lampu untuk masjid tanpa ada yang membangkannya" [al-Fiqh al-Manhaji, 5/19].

Soalan 3 : Apakah sampai niat/pahala si pewakaf?

InSyaAllah, jika pewakaf melakukan amalan tersebut dengan ikhlas, disertakan dengan dana tersebut, dan tujuaan adalah kepada perkara yang bukan maksiat, maka sahlah ibadat waqaf tersebut. Amalan mewakaf adalah peluang seseorang itu menzahirkan pengabdiannya kepada Allah swt sebagaimana firman Allah :

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" [surah Aali Imran : 92]

Perlu di beri perhatian, bahawa :

إذا وقف الواقف عينا، عقارا، أو سيارة، أو سلاحا، أو غير ذلك انتقل ملك رقبة الموقوف إلى الله تعالى، فلا يكون الموقوف للواقف، ولا للموقوف عليه.
"Apabila pewakaf mewakafkan harta, samada berbentuk harta tetap, atau kereta, atau senjata atau selain dari itu, maka hak pemiliharaan berpindah kepada Allah swt. Harta itu bukan lagi milik pewakaf atau penerima wakaf" [al-Fiqh al-Manhaji, 5/28].

Dengan kata lain, apabila kita berwakaf, secara tidak langsung kita berurusan dengan Allah swt. Mudah-mudahan Allah akan memberi ganjaran sebagaimana surah Aai Imran diatas.

Soalan 4 : Cadangan kepada masjid mengenai wakaf tersebut.

Beberapa cadangan yang boleh dilakukan supaya tidak timbul kekeliruan dari kalangan pewakaf. Diantaranya :

a. Perlu dijelaskan skop wakaf "binaan" masjid tersebut. Adakah termasuk membuat jalan, tembok, membeli al-Quran, dsb. Maka disana, pelbagai lafaz aqad wakaf boleh dicadangkan.

b. Apabila terdapatnya wang lebihan wakaf, perlu diperjelaskan bagaimana lebihan wang tersebut harus disalurkan (sebagaimana fatwa Ibn Taimiyah diatas). Penjelasan tersebut boleh diberi dalam bentu umum, misalnya bagi tujuan penyelenggaraan masjid, dsb.

Kesimpulannya, wakaf dan sedekah biasa mempunyai perbezaannya. Antara perbezaan yang ketara adalah, wakaf diberi dengan lafaz dan tujuan tertentu, diatas harta miliknya. Manakala sedekah, diberi kepada seseorang, dan sipenerima "bebas" menggunakan wang tersebut. Dana wakaf dibelanjakan atau digunakan atas tujuan pewakaf tersebut. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين