SJ-12-0065 : masih dalam iddah...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0065 : masih dalam iddah...

apakah keadaan isteri tu pada masa ni? adakah iddahnya tamat? atau kena tambah sampai cukup 4 bulan 10 hari?

SJ-12-0065 : masih dalam iddah...

Assalamualaikum,

Perempuan yang sedang menjalani eddah(quru` atau bulan) dari perceraian rajie dan tidak mengandung,kemudian dalam tempoh tersebut berlaku kematian suami,maka perempuan tersebut wajib bereddah dengan eddah kematian(4 bulan sepuluh hari).Eddah yang berlalu tidak diambil kira.Dalam erti kata lain eddah kematian itu bermula dari tarikh kematian tersebut.Tidak ada khilaf dikalangan fuqaha` dalam hal ini.(Lihat Ahmad Shalabi `Ahkam al-Usrah Fi al-Islam.hlm 645, Dr Wahbah al-Zuhaili,juz 7(edisi melayu) hlm 802.).Jika talak bain adalah sebaliknya.

Al-Quran: al-Baqarah :234

Ulamak juga sepakat menyatakan bahawa perempuan yang mengandung dan kematian suami,maka eddahnya tamat dengan melahirkan kandungan

Rujuk

Al-Quran:Surah al-Talaq:4

Al-Hadis (Mutttafaqun Alaih).dalam kes Subaiah@Sabiah Bt al-Harith al-Aslamiyah yang melahirkan anak selepas beberapa hari kematian suaminya,Rasul menyatakan padanya:

kamu telah halal(habis eddah) maka berkahwinlah dengan sesiapa yg kamu sukai.(Dipetik hadis ini dari Kitab Mughni al-Muhtaj juz 3:395).

WA