SJ-12-0134 : tunang dlm masa student

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0134 : tunang dlm masa student

di sini, saya ada 1 persoalan, apakah hukum bertunang semasa diri kita belum terlintas utk berkahwin apatah lagi tidak termampu utk berkahwin, lebih2 lagi sekiranya kita masih belajar dan belum bekerja esp budak ipta.
Dlm masyarakat hari ini, ramai yg mengambil kesempatan atas konsep tunang ini utk bercouple. kata mereka couple ini hampir sama ertinya dg tunang krna nak berkenalan asalkan jaga batas dari sudut islam memadailah. namun, satu persoalan, kalau belum ada perancangan utk berkahwin atau tidak mampu berkahwin, mengapa harus bertunang? saya rasa alasan yg mereka berikan hanyalah untuk justified tindakan mereka sedangkan mereka bercouple/bertunang adalah kerana utk bercinta bk utk mengenal. tp, bolehkah bercinta lama2 dlm islam terutama di luar perkahwinan. cinta itu sendiri boleh membawa perasaan rindu yg teramat sgt. bila rindu sudah menguasai hati, pasti ada perasaan ingin berjumpa. malah, perasaan rindu itu juga boleh menimbulkan zina hati. jadi inilah persoalan saya kemukakan. adakah boleh dalam islam seseorang itu bertunang sedang mereka belum merancang utk berkahwin dlm masa terdekat atau tidak mampu seperti masih belajar(ibubapa tak benarkan) atau tiada wang, lebih2 lagi dm masa yg panjang seperti student ipta??

SJ-12-0134 : tunang dlm masa student

al-Jawab:

RasuluLlah saw telahpun memberi jawapannya 1400 tahun yang lampau. Dari Ibn Mas'ood RA: (sabda saw)
terjemahnya:
"Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang telah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia kahwin, kerana kawin itu lebih dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu kahwin, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu akan menjadi perisai baginya." [HR Bukhari dan Muslim]

sekian