SJ-12-0152 : Cerai Takliq lagi...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0152 : Cerai Takliq lagi...

:salam

1) Jatuh atau tak talak kalo takliq atas perbuatan tu atas diri suami bkn si isteri...cth:"Jatuh talak 1 atas ko kalo aku hisap dadah"

2) Si isteri telah terjumpa gambor si suami dengan perempuan lain dalam baju si suami tersebut..maka si suami cakap: " Jika gambor tu aku yg bawa masuk dalam rumah nie jatuh talak 1 atas ko".

Apa pandangan ahli panel tentang 2 masalah nie??

SJ-12-0152 : Cerai Takliq lagi...

:wassalam

alJawab:

Ni dah kahwin ke belum? Kalau belum kahwin, semasa kursus utk dapat sijil persediaan Nikah, maka akan dijelaskan maksud cerai taklik tu macam mana.

Di Malaysia, lafadz taklik akan ditandatangani oleh suami dan dibacakan dengan jelas oleh Jurunikah dan dilafadzkan oleh suami semasa akad. Itulah ajelah taklik yang betul dan boleh diterima dan talak akan jatuh. Cth lafadz taklik tsb ialah bila suami menghilangkan diri selama 4 bulan atau lebih secara berturut-turut tanpa nafkah. Maka bila betul2 terjadi, si suami menghilangkan diri selama 4 bulan tanpa nafkah, maka jatuhlah talak.

Manakala apa yang anda nyatakan di atas, bukanlah taklik di sisi syara', ia cuma sumpah atau ikrar sahaja. Dia hendaklah bertaubat dan tidak boleh bermain-main dgn lafadz taklik, talak atau sumpah atau mudah dalam bertaklik, talak dan bersumpah. Dalilnya:

" dan janganlah kamu jadikan Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng." AQT 2:224
"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yg tidak disengajakan." AQT 5: 89

Perlu diingatkan proses perceraian di Malaysia hanya berlaku dalam kamar Pendaftar NikahCerai-Rujuk sahaja dan perlu didaftarkan. lagipun prosesnya agak berliku. WA