SJ-12-0232 : Gurauan Zihar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0232 : Gurauan Zihar

:salam

Moga dirahmati Allah,

Kisahnya gini, sepasang suami isteri yg baru berkawin mendapat seorang cahaya mata....cahaya mata tersebut mempunyai rupa paras dan beberapa anggota badan baby mempunyai iras sepasang suami isteri tersebut...

cth nya gini...si suami sering bergurau mengatakan jari-jemari si anak yg bengkang-bengkok apabila diluruskan sama ngan si ibunya....katanya: "jari bengkang-bengkok...sama ngan ibu...entah apa2 ler.."...dalam nada bergurau dan perli2 pada si isterinya...

1) Adakah ia dikira zihar???

2) Kalo zihar...sudah banyak kali si suami melakukan gurauan tersebut...adakah kaffarahnya mengikut berapa kali gurauan tersebut atau cukup sekali jer kaffarah???

Sekian, :wassalam

SJ-12-0232 : Gurauan Zihar

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Zihar ialah seseorang suami menyamakan isterinya dengan ibunya (atau wanita mahram lain) dari sudut haramnya istimta'.

Ia dianggap oleh masyarakat Arab Jahiliyyah dulu sebagai satu bentuk perceraian, sebagaimana dinukilkan daripada Tawus, Abu Qilabah dan lain-lain. (Musannaf Abd Razzaq 6/422, dan Tafsir Tabari 22/456).

Apa yang anda sebut dalam soalan tidak dikatakan satu zihar. Kerana yang difahami dari soalan anda ialah: seorang lelaki menyamakan seorang mahramnya dengan isterinya. Zihar pula ialah: menyamakan isteri dengan ibu atau mahram lain.

Tambahan pula, zihar berlaku dalam konteks seseorang suami mahu mengharamkan si isteri daripada dinikmati atau disetubuhi, sebagaimana haram menyetubuhi atau bersedap2an dengan ibu atau mahram. Bukan menyamakan dari sudut persamaan lahiriyyah atau persamaan sifat.

Wallahu A'lam.