SJ-12-0297 : talak sms

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0297 : talak sms

:salam

sebenarnya jatuh ker talak melalui sms..kalau suami kata aku ceraikan kau di mekah sedangkan isterinya ada di penang adakah jatuh talak melalui sms begini?

SJ-12-0297 : talak sms

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda denan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Talak tersebut sah, walaupun menggunakan SMS. Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Quote:
Tarikh Hantar Soalan : 01/03/2007
Soalan : hukum talaq/cerai melalui sms.penjelasan.syukran..

Jawapan : Jatuh talak yang dibuat melalui SMS dan perlu dibuat pengesahan di Jabatan Agama Islam Negeri yang berhampiran..

Status : Selesai - Paparan Web.

Nombor Rujukan : PANEL SJAI 160807

Tarikh Selesai : 16/08/2007 04:49 PM

sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/e661c2e28a36d6aa0025729f00072825?OpenDocument

Didalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 membuat penelitian mendalam dan memberi pandangan mengenai hukum perceraian itu. Fatwa yang diputuskan adalah:

a. talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faks, SMS, emel dan sebagainya adalah talak berbentuk kinayah dan sah jika disertai dengan niat.

b. Semua perceraian perlu dikemukakan ke mahkamah syariah untuk mensabitkan talak berkenaan.

c. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian digariskan oleh syarak.

(di ambil dari - http://peguamsyarie.blogspot.com/2007/12/cerai-sms.html )

Sekian, wassalam

خيرالأمين