jika saye sdg berjalan-jalan di pekan. tiba-tiba saye ternampak seorang rakan perempuan saye. oleh kerana lama tidak berjumpa maka kami pergi ke restoran berhampiran utk makan. adakah perbuatan saye ini haram krn keluar dgn bukan mahram..utk detailnya kami berjumpa di tempat awam bukan di tempat yang tersorok.
Sumber Rujukan Islam Anda..
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mujahid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Soalan ini merupakan satu isu wajib dijelaskan kepada umum, akan tetapi didalam menjelaskan tentang hukum yang berkaitan dengannya, seringkali kedengaran terdapat beberapa pendekatan; ada yang bersifat melampau/ifraath (ÇáÅÝÑÇØ) dan ada yang bersifat mencuaikan/tafriith (ÇáÊÝÑíØ). Pendekatan ini seolah-olah samada menunjukkan agama Islam menentang sekeras-keras percampuran (ÇáÇÎÊáÇØ) lelaki dan wanita yang bukan mahram, atau pun menunjukkan Islam tidak kisah langsung (cuai) dengan hukum percampuran tersebut. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam fatwanya (ÇáÇÎÊáÇØ Èíä ÇáÌäÓíä) telah membincangkan dengan panjang lebar isu ini secara pendekatan yang sederhana tanpa mengabaikan hukum-hukum Islam, tanpa menjumudkan dan meletakkan hukum yang terlalu rigid sehinggakan tiada langsung ruang bagi 2 jenis insan ini berinteraksi.
Disini kami memetik kesimpulan yang beliau nyatakan didalam fatwanya pada 2 muka surat terakhir buku Fatawa Mu'asyirah Jilid 2:-
"Pada prinsipnya, perhubungan diantara lelaki dan wanita tidaklah ditolak secara total; malahan dibolehkan selama-mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan seperti mendapatkan ilmu pengetahuan, kerja yang baik, projek kebajikan, kewajipan jihad atau banyak lagi perkara kebaikan yang memerlukan usaha sama diantara kedua-dua jenis jantina.
Walaubagaimana pun ini tidak bermakna ia melepasi batas-batas yang dihadkan dan melupakan mengenai sifat tabie kedua-dua jantina. Didalam semua interaksi, kedua lelaki dan wanita wajib mematuhi kehendak ajaran Islam yang mengajak kepada kerjasama atas dasar kebaikkan dan kesolehan disamping memerhatikan peraturan akhlak dan peradaban.
Berikut adalah beberapa syarat yang mesti dipatuhi apabila wujudnya interaksi diantara kedua-dua pihak :-
1. Kedua-dua pihak hendaklah merendahkan pandangan masing-masing. Tidak wujud pandangan yang menghairahkan. Allah swt berfirman :-
2. Seorang wanita Islam wajib mengenakan kod etika berpakaian. Sebagaimana maklum, pakaian wanita Islam meliputi seluruh tubuhnya melainkan muka dan tapak tangan. Tidaklah ianya ketat dan jarang yang boleh menampakan rupa bentuk badan.
3. Akhlak perlu dijaga, contohnya seorang wanita hendaklah serius didalam percakapannya dan sederhana didalam cara bercakap, menghilangkan sebarang percubaan syaitan menyebarkan putik-putik perkara yang tidak berakhlak (al-Ahzab : 31).. Begitu juga semasa berjalan hendaklah tidak menghentak kaki sebagaimana surah al-Nur:31 dan juga pergerakan wanita tersebut tidak menarik perhatian lelaki.
.
4.Tidak boleh memakai minyak wangi (perfume) semasa keluar dari rumah, warna-warna yang menarik perhatian ramai apabila keluar dari rumah, dan begitu juga apabila berjumpa dengan lelaki.
5. Tidak dibenarkan lelaki dan wanita bukan mahram berduaan pada tempat yang tidak terdapat lelaki lain. Perkara ini ditegah didalam hadith sahih mengenainya, sabda Nabi saw : - Åä ËÇáËåãÇ ÇáÔíØÇä "Yang ketiga adalah Syaitan". Perkara ini tidak dibenar sebagaimana memisahkan diantara api dan kayu api. Perkara ini juga diaplikasikan kepada saudara-mara si-suami sebagai Nabi saw bersabda :
6. Kesemua hubungan dan interaksi ini tidak boleh diberikan secara longgar. Interaksi hanya boleh didalamkan mengikut keperluan dan sebab-sebab yang munasabah. Didalam berhubung dengan lelaki, tidak seorangpun wanita Islam dibenarkan melupakan secara tabie peranan mereka sebagai wanita." - [Fatawa Mu'asyirah, 2/285-286].
=================
Kesimpulannya fatwa diatas ini boleh dijadikan garis panduan didalam berintraksi dengan wanita. Didalam situasi yang saudara nyatakan diatas, tidak salah bertegur sapa bertanyakan khabar, akan tetapi jika hanya makan berdua sahaja, hendaklah dielakkan duduk bersama, melainkan wanita tersebut membawa temannya. Ini juga dapat mengelakkan diri dari di fitnah dan juga dari godaan syaitan yang sentiasa menunggu apabila berlakunya pertemuan diantara lelaki dan perempuan. WA.
wassalam
===========
Rujukan :
1. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fatawa Mu'asyirah - II. Cetakan ke 3. Manshurah : Dar Al-Wafa', 1994. ms 277 - 286.
2. Sila lihat jawapan ustaz thtl : SJ - 2658: [JPN] batas2 pergaulan lelaki dan perempuan..
خيرالأمين