SJ-13-0095 : alkohol dalam ubat yang disuntik

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0095 : alkohol dalam ubat yang disuntik

:salam

saya dah baca daripada arkib soal jawab tentang alkohol dalam wangian dan makanan dan lain-lain. timbul satu kekeliruan dalam diri saya iaitu, bagaimana pula alkohol yang terkandung dalam ubatan yang digunakan oleh doktor untuk mnyuntik pesakit?

iaitu saya rasa ia(alkohol) tak dihasilkan melalui kaedah pemeraman seperti arak. dan juga bukan melalui makan ataupn minum. tetapi ia sama dengan minum juga dari segi alkohol tu masuk dalam saluran darah seperti orang yang minum arak juga. jadi apakah hukumnya sertai pendapat ulama tentang perkara tersebut??

diharap agar pihak panel al-ahkam dapat menyelesaikan kekeliruan ini. terima kasih atas jawapan yang bakal pihak ahkam kemukakan nanti...

wallahua'lam

Re: alkohol dalam ubat yang disuntik

:wassalam
Jawab

Hukum ubat-ubatan yg mengandungi Alkohol.

Nadwah Fiqh Perubatan Islam ke 8, anjuran Pertubuhan Ilmu2 Perubatan Islam yg berlangsung di Kota Kuwait dari 22-24 Mei, 1995 merumuskan:

Alkohol tidak najis dari segi syara'. Maka tidak menjadi kesalahan menggunakan alkohol dari sudut perubatan sebagai bahan pencuci (antiseptic) pada kulit dan kecederaan, ubat-ubatan dan pembunuh kuman. Ia tiada kaitan dengan arak.

Resolusi # 11, Majlis Akademi Fiqh, Jeddah, KSA, dalam mesyuarat kali ke 3, 1986 memutuskan:
"Diharuskan pesakit Islam mengambil ubat-ubatan yg mengandungi alkohol dalam kuantiti yg tertentu jika tidak didapati ubat-ubatan lain yg bebas alkohol atas nasihat dan preskripsi doktor yang dipercayai lagi amanah."

sekian

:aklam