:salam ...kepada saudara2 moderator berkenaan. saya ada soalan yang ingin diajukan.
Malam tadi kawan saya bermimpi bahawa tekaknya ditumbuhi jarum-jarum peniti yang banyak. Apabila dia terjaga dari tidur, dia rasakan yang tekaknya sakit2...Apakah kaitan mimpi yang dialaminya dengan rasa sakit selepas ia terjaga?Adakah mimpi begini mempunyai petanda tertentu atau terkena sihir?
harap moderator disini dapat membantu.
:salam
:wassalam
alJawab:
Mimpi ada tiga jenis:
1. Mimpi yg solihah dari ALlah
2. Mimpi sedih dari Syaythan
3. Mimpi dari mainan minda.
(Hadith Bukhari, Muslim lihat al-Albani, Silsilah alSahihah #1870 dari Abu Hurairah RA)
Komentar alSyatibi, mimpi yg benar itu yg juga merupakan sebahagian dari unsur Nubuwwah hanya terjadi kepada orang yg soleh sahaja.
Dalil:
HR alBukhari dari Ubadah bin Syamit ra: "mimpi orang mukmin itu satu per 46 kenabian." (#117, alSahih)
Manakala mimpi orang kebanyakan adalah dari syaithan atau dari bisikan hati atau mainan minda sahaja.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Salamah:
" Mimpi yg buruk adalah dari syaythan, jika seseorang mengalami mimpi buruk yg ia tidak suka, maka ludahlah tiga kali ke kirinya dan mintalah perlindungan dari Allah." (alSahih# 5613)
Kata lagi al Syatibi (al-I'tisyom: 1/357) " Tidak boleh kita bertindak atau berhukum hanya berlandaskan mimpi semata-mata. ia tidak boleh dijadikan dasar hukum."
Maka menjawab soalan anda:
Hendaklah kita selidiki status diri kawan anda itu (derjat kesolehannya), kedua; mimpinya adalah keburukan, maka ia dari syaythan dan ajarillah ruqyah (jampi) dari RasuluLlah saw.
sekian :aklam