SJ-13-0166 : maksiat dan ibadat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0166 : maksiat dan ibadat

Akum semua!!!!

jika seorang itu berbuat ibadat..puasa sunat, sembahyang 5 waktu dan sunat tetapi dalam pada masa yg sama berbuat maksiat.

apa pendapat kalian?

bagaimana cara terbaik mengelak maksiat?

Wassalam

SJ-13-0166 : maksiat dan ibadat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan rudyidris16 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Seseorang yang melakukan maksiat dan masih lagi melakukan ibadat-ibadat yang wajib, menunjukkan hatinya masih ada Iman Lebih malang lagi jika seseorang yang melakukan maksiat itu tidak bersolat, malah meninggalkan solat itu merupakan maksiat yang terbesar. Ia merupakan maksiat terhadap Allah swt. Malah sesiapa yang meninggalkan solat, maka ia telah kufur kepada Allah swt.

Pada hakikatnya, solat yang benar-benar khusyuk dapat mencegah seseorang itu dari melakukan kemaksiatan. Firman Allah swt :-

Åöäøó ÇáÕøóáóÇÉó Êóäúåóì Úóäö ÇáúÝóÍúÔóÇÁö æóÇáúãõäúßóÑö æóáóÐößúÑõ Çááøóåö ÃóßúÈóÑõ æóÇááøóåõ íóÚúáóãõ ãóÇ ÊóÕúäóÚõæäó
"sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." [surah al-‘Ankabut : 45]]

æóÃóÞöãö ÇáÕøóáóÇÉó ØóÑóÝóíö ÇáäøóåóÇÑö æóÒõáóÝðÇ ãöäó Çááøóíúáö Åöäøó ÇáúÍóÓóäóÇÊö íõÐúåöÈúäó ÇáÓøóíøöÆóÇÊö Ðóáößó ÐößúÑóì áöáÐøóÇßöÑöíäó
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat". [surah Hud : 114]

Manusia ini lemah dan dia dikelilingi oleh musuh-musuh, termasuklah dirinya sendiri yang inginkan melakukan perkara yang mungkar. Syaitan itu mengalir didalam tubuh anak Adam, dan sentiasa cuba mengajak manusia itu kejalan kemungkaran. Ingat, Neraka itu dikelilingi dengan keindahan dan keinginan, Syurga itu dikelilingi dengan pelbagai kesukaran. Setiap orang hendaklah sentiasa memohon (berdoa) kepada Allah swt agar diberi keampunan dan kekuatan. Nabi :saw pernah mengajar Abu Bakar ra sebuah do'a :-

Çááøóåõãøó Åöäøöí ÙóáóãúÊõ äóÝúÓöí ÙõáúãðÇ ßóËöíÑðÇ æóáÇ íóÛúÝöÑõ ÇáÐøõäõæÈó ÅöáÇ ÃóäúÊó ÝóÇÛúÝöÑú áöí ãóÛúÝöÑóÉð ãöäú ÚöäúÏößó æóÇÑúÍóãúäöí Åöäøóß ÃóäúÊó ÇáúÛóÝõæÑõ ÇáÑøóÍöíãõ
"Ya Allah, Aku telah menzalimi diriku dengan banyak, dan tiada yang boleh mengampunkan dosa melainkan engkau. Maka ampunkan dosa ku disisi engkau, dan Rahmatilah aku, sesungguhnya engkau Maha Mengampun dan Maha Pengasih" [Hadith Riwayat #834, Muslim #2705].

Cubalah sedaya upaya menjahi perkara-perkara mungkar dan banyak melakukan kebajikan dan kebaikkan. Firman Allah swt :

áóÇ íõßóáøöÝõ Çááøóåõ äóÝúÓðÇ ÅöáøóÇ æõÓúÚóåóÇ áóåóÇ
“Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang dia usahakan” [surah al-Baqarah 2:286]

Syaitan sengaja mengatakan kepada manusia bahawa Allah tidak akan ampunkan dosa seseorang yang telah melakukan maksiat. Syaitan sengaja cuba mengajak manusia agar melambat-lambatkan taubat. Abaikan seruan ini!! Pintu Taubat masih terbuka luas. Berkata Abu Hurairah ra. :-

ãóäú ÊóÇÈó ÞóÈúáó Ãóäú ÊóØúáõÚó ÇáÔøóãúÓõ ãöäú ãóÛúÑöÈöåóÇ ÊóÇÈó Çááøóåõ Úóáóíúåö
"Barangsiapa yang bertaubat sebelum Matahari terbit dari sebelah barat, Allah akan menerima taubatnya" [Hadith riwayat Muslim #2703].

Sabda Nabi :saw :-

Åä Çááå ÚÒ æÌá íÞÈá ÊæÈÉ ÇáÚÈÏ ãÇ áã íÛÑÛÑ
"Allah akan menerima taubat hambanya selama mana nyawa belum sampai ke tekak" [Hadith riwayat al-Tirmudzi].

Umar Abdul Aziz didalam khutbahnya pernah berkata :

ÃíåÇ ÇáäÇÓ ãä Ãáãøó ÈÐäÈ ÝáíÓÊÛÝÑ Çááå æáíÊÈ ¡ ÝÅä ÚÇÏ ÝáíÓÊÛÝÑ Çááå æáíÊÈ ¡ ÝÅä ÚÇÏ ÝáíÓÊÛÝÑ æáíÊÈ ¡ ÝÅäãÇ åí ÎØÇíÇ ãØæÞÉ Ýí ÃÚäÇÞ ÇáÑÌÇá æÅä ÇáåáÇß Ýí ÇáÅÕÑÇÑ ÚáíåÇ .
"Wahai manusia, barangsiapa yang melakukan dosa, maka biarlah dia memohon ampun dari Allah dan bertaubat, dan jika dia mengulangi lagi, maka biarlah dia memohon ampun dari Allah dan bertaubat, dan jika dia mengulangi lagi, maka biarlah dia memohon ampun dari Allah dan bertaubat, kerana sesungguhnya kesalahan-kesalahan disangkut dileher seseorang, dan kehancuran datang dari kesungguhan didalam melakukan dosa"
--------------------------

Beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mengelakkan maksiat.

a. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Memperbanyakkan istighfar, moga Allah swt mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Ingat, Allah sentiasa menerima taubat hambanya yang lemah dan ikhlas.

b. Cuba mengikhlaskan diri kita kepada Allah. Apakah kita benar-benar beriman kepada Allah swt?? Takutlah akan azab Allah swt. Ketahuilah bahawa hari Kiamat itu benar, azab Allah itu benar!!

c. Memperingatkan diri bahawa Allah swt sentiasa melihat apa yang kita lakukan.

d. Memperbanyakkan melakukan ibadat sunat; solat sunat sebelum dan selepas solat fardu, puasa Isnin dan Khamis, membaca al-Quran.

e. Mohon do'a banyak-banyak kepada Allah swt agar menetapkan diri kita ini sentiasa didalam iman.

f. Banyakkan ingat kepada azab Allah dan juga kematian. Dengan banyak mengingati mati, hati kita akan sentiasa takut melakukan maksiat. Beritahu kepada diri sendiri, apakah yang akan terjadi jika ketika melakukan maksiat Allah swt mencabut nyawa aku......

g. Jauhi dari kawan-kawan yang jahat. Bergaullah dengan orang-orang yang baik. Dekatilah diri dengan mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan wara'.

h. Sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu dan pengajian-pengajian agama.

i. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang baik. Apabila seseorang itu sibuk, dirinya tidak akan teringat kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perbuatan maksiat.

Allah swt akan sentiasa membantu dan memberi jalan keluar kepada seseorang jika dia benar-benar bertaqwa kepadanya. Firman Allah swt :-

æóãóäú íóÊøóÞö Çááøóåó íóÌúÚóáú áóåõ ãóÎúÑóÌðÇ
"dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), " [surah al-Talaq : 2]

Ayat ini umum maksudnya. Allah swt juga berfirman :-

æóåõæó ÇáøóÐöí íóÞúÈóáõ ÇáÊøóæúÈóÉó Úóäú ÚöÈóÇÏöåö æóíóÚúÝõæ Úóäö ÇáÓøóíøöÆóÇÊö æóíóÚúáóãõ ãóÇ ÊóÝúÚóáõæäó
"Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan. " [surah al-Syuura : 25]

Kita memohon kekuatan dari Allah swt agar dihindarkan dari mengulangi dosa-dosa yang kita lakukan. Amin. WA.

wassalam

خيرالأمين