SJ-13-0175 : Dalil bahasa arab diakhirat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0175 : Dalil bahasa arab diakhirat

Assalammualaikum,

Ana selalu dengar ustaz2 bagi kuliah kata bahasa akhirat kelak guna bahasa arab. Ada ke dalil dan nas yang menyokong pernyataan ini. Selalu dgr tp tak tau dalil pun tak syok jugak.

Terima kasih didahulukan kepada panel al-ahkam.

Wassalam.

SJ-13-0175 : Dalil bahasa arab diakhirat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr penjejak_badai dengan kadar kemampuan yang ada.

Salah satu hadith yang mengatakan Bbahasa Arab merupakan bahasa ahli syurga datang dari sebuah riwayat :-

ÃÍÈæÇ ÇáÚÑÈ áËáÇË áÃäí ÚÑÈí æÇáÞÑÂä ÚÑÈí æßáÇã Ãåá ÇáÌäÉ ÚÑÈí
dir="ltr">"Cintailah Arab disebabkan 3 perkara - kerana sesungguhnya aku [Nabi :saw] orang Arab, kitab al-Quran didalam bahasa Arab dan percakapan ahli syurga didalam bahasa Arab"

Hadith ini dikeluarkan oleh Hakim didalam al-Mustadrak, didalam ma'rifah Ulum al-hadith, al-A'qaili didalam al-Du'afaa', al-Thabrani didalam al-Kabir wa al-Awsath, Al-Baihaqi didalam Shu’ab al-Imaan dsb. Syeikh Nasyiruddin al-Albani didalam kitab Silsilah al-Da’efah Jilid 1 no:160, mengkelaskan hadith ini sebagai Mawdhu', kerana Isnadnya Mawdhu' dan terdapat 3 'Ila (keterangan lanjut didalam al-Kitaab LiMa'rifah al-'Illa). Ibn al-Jawzi mengatakan hadith ini Mawdhu' begitu juga dengan pandangan al-Dzhabi.

Sebuah hadith lagi yang lebih kurang matannya berbunyi :-

ÃäÇ ÚÑÈí æÇáÞÑÂä ÚÑÈí æáÓÇä Ãåá ÇáÌäÉ ÚÑÈí .
dir="ltr">"Aku seorang Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan (perkataan) ahli syurga didalam bahasa Arab"

Syeikh Nasyiruddin al-Albani juga mengatakan hadith ini Mawdhu' (Jilid 1, no:161). Kata beliau, hadith ini pelik kerana ia bertentangan dengan firman Allah swt "Åä ÃßÑãßã ÚäÏ Çááå ÃÊÞÇßã" = "Sesungguhnya Orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang bertaqwa dikalangan kamu". Menurut beliau juga, Nabi :saw pernah bersabda "Tidak ada kelebihan bagi orang Arab keatas 'Ajami (orang bukan arab).... melainkan bertaqwa" ( áÇ ÝÖá áÚÑÈí Úáì ÃÚÌãí . . . ÅáÇ ÈÇáÊÞæì) .

Berkata Syiekh Ibn Taimiyah rh mengenai pandangan yang mengatakan bahasa Arab adalah bahasa syurga atau dan bahasa Parsi bahasa didalam neraka, katanya :

æßá åÐå ÇáÃÞæÇá áÇ ÍÌÉ áÃÑÈÇÈåÇ áÇ ãä ØÑíÞ ÚÞáò æáÇ äÞá Èá åí ÏÚÇæì ÚÇÑíÉ Úä ÇáÃÏáÉ æÇááå ÓÈÍÇäå æÊÚÇáì ÃÚáã æÃÍßã
dir="ltr">"Dan semua pandangan-pandangan ini tidak ada asasnya, samaada dilihat dari sudut aqal (common sense), atau mana2 riwayat, atau teks, bahkan kenyataan2 yang hanya didasarkan tanpa dalil, dan Allah mengetahui yang sebaiknya dan Amat bijaksana" [Majmu' Fataawa, 4/301].

Kesimpulannya : Hadith2 yang mengatakan bahasa Arab merupakan bahasa syurga adalah bertaraf palsu. Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah rh. menyarankan agar manusia tidak membincangkan hal-hal seperti ini dan hendaklah menyerahkan perkara ini kepada Allah swt. WA.

wassalam

خيرالأمين