SJ-13-0225 : Al-Mahdi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0225 : Al-Mahdi

Salam,

Hamba ingin bertanya fasal Al-Mahdi

1) Sejauhmanakah kesahihan kisah dan hadis pasal Al-Mahdi ?

2) Adakah dengan menolak Al-Mahdi boleh menjejaskan Aqidah

3) Apakah pendapat ahlul sunnah dari imam yg muktabar berkenaan isu
al-Mahdi ini

SJ-13-0225 : Al-Mahdi

:wassalam

al-Jawab:

1) kesahihan hadith al-Mahdi.

Berkata al-Muhaddith al-Albani, ia mencapai taraf mutawatir (hadith yg disalurkan oleh ramai perawi hingga mustahil mereka sepakat utk berdusta), wajib diimani dan boleh menjadi dasar kepercayaan ASWJ (Maqaalat al-Albani, Riyadh)
Berkata Syaikh ben Baaz, mantan Mufti al-'Aam KSA, ia mencapai derjat mutawatir dan saling memperkuat (arRaad ala man Kadzdzabaha. bi ahadith asa sahihah al waridah fi alMahdi)

2) Samada menolak kesahihan riwayat al-Mahdi menjejaskan akidah tidak dapat diputuskan secara tepat kerana dikembalikan kepada motif si penolaknya. ini kerana akidah al-Mahdi tidak termasuk dalam dasar-dasar akidah yg maklum dan qat'iyah. Cthnya: Imam Syed Rashid Ridha yang menolak al-Mahdi, kata al-Qardhawi, penolakan al-Sayyid Ridha terhadap kisah al-Mahdi tidak menjejaskan kehebatan al-sayyid kerana setiap ilmuan ada tempat kelemahannya.

3) Majoriti Imam-Imam ASWJ menerima kesahihan hadith al-Mahdi. Manakala ulama2 yang menolaknya tidak perlu dihiraukan. Demikian fatwa Syaikh Baz dalam kitabnya arRaad, ms 157) WA