:salam
Moga kita dirahmati Allah,
1) Mana yg lebih tinggi martabatnya di sisi Allah dr golongan bawahan ini:-
- muslim
- mukmin
- muhsin
- muttaqin
- wali
- ulamak????
2) apa definisi setiap golongan tersebut??
Sekian, :wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Moga kita dirahmati Allah,
1) Mana yg lebih tinggi martabatnya di sisi Allah dr golongan bawahan ini:-
- muslim
- mukmin
- muhsin
- muttaqin
- wali
- ulamak????
2) apa definisi setiap golongan tersebut??
Sekian, :wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulllah. Kami akan cuba menjawab soalan anakMINANG04 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah,
Stuktur martabat Islam diatas ini pernah dinyatakan oleh Drs Sidi Gazalba (pensyarah UKM dahulu) didalam bukunya ilmu-ilmu Islam; Muslim, Mukmin, Muhsin, Mukhlis dan Muttaqin.
a. Muslim - orang yang beragama Islam. Menunjukkan orang yang menyerah diri/tunduk kepada Allah swt.
b. Mukmin - orang Islam yang beriman. Firman Allah swt :-
c. Muhsin - orang Mukmin yang mencapai tahap Ihsan sebagai yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. didalam sebuag hadith yang panjang :-
d. Muttaqin - orang Mukmin yang bertaqwa. Firman Allah swt :-
e. Wali - wakil. Jama'nya ialah Auliya'. Disentuh dalam al-Quran bagi menunjukkan wakil/teman rapat sesuatu agama/kaum sebagaimana didalam al-Quran surah al-Ma'idah : 81 :
f. Ulama' - merupakan orang mukmin yang berilmu.
-----------
Dikalangan ulama' ada yang mengatakan terdapat 2 tahap didalam Islam, iaitu Muslim dan Mukmin. Muslim adalah tahap pertama bagi seorang yang beragama Islam. Setelah dia beriman dan beramal soleh, dia digelar Mukmin.
Orang-orang mukmin mempunyai beberapa sifat-sifat, diantaranya : berTaqwa (Muttaqin), Ihsan (Muhsin), ikhlas (Mukhlis) dsb. Mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa merupakan wakil-wakil Allah atau Auliya'. Bagi orang Mukmin yang mempunyai ilmu Islam yang tinggi dan pelbagai, mereka di gelar ulama'. Mereka adalah hamba2 yang paling takut kepada Allah swt. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين