SJ-13-0305 : serban vs helmet

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0305 : serban vs helmet

Salam,
Sedikit persoalan di sekitar seperti tajuk diatas...Diketahui umum yang pemakaian serban adalah satu sunnah jibiliyah dari rasul saw,jadi minta terangkan berdasarkan kehendak allah n petunjuk rasulnya berkenaan keadaan seperti dibawah:

1) Memakai serban(dgn niat hendak meraikan sunnah baginda nabi) ketika menunggang/membonceng motosikal sedangkan perintah dari penguasa jalanraya memakai helmet ketika menunggang/membonceng motosikal dengan tujuan agar keselamatan penunggangnya terjamin(inshaallah).Sedangkan kehendak allah n petunjuk rasulnya agar kita menjaga keselamatan diri,jadi boleh jelaskan?

2) Bagaimana sekiranya saya mengatakan kepada seseorang yang memakai helmet itu adalah sunnah berbanding dengan memakai serban ketika membonceng motosikal atas dasar islam menggalakkan kita menjaga keselamatan diri,adakah benar penerangan saya itu?

penambahan,diketahui umum yang helmet yang terdapat dipasaran sekarang,sesetengahnya terbukti mampu mengurangkan kecederaan kepada seseorang ketika berlaku kemalangan...

SJ-13-0305 : serban vs helmet

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇ
ÃãÇ ÈÚÏ

1- Samada kita berpegang dengan pendapat memakai serban adalah sunnah syar'iyyah, atau ia sekadar sunnah jibilliyyah, dalam kes seperti ini, arahan daripada kerajaan WAJIB dipatuhi, kerana ia bukan arahan dalam perkara maksiat, malahan arahan yang bertepatan dengan maslahah dan maqasid syar'iyyah.
Firman Allah Taala:

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú ÃóØöíÚõæÇú Çááøåó æóÃóØöíÚõæÇú ÇáÑøóÓõæáó æóÃõæúáöí ÇáÃóãúÑö ãöäßõãú

ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemerintah) di antara kamu. (Al-Nisaa: 59).

Sabda Nabi SAW: "Dengar dan Taat adalah satu hak kewajipan, selagi tidak diperintahkan melakukan maksiat. Apabila diperintahkan melakukan maksiat, maka tiada dengar dan tiada ketaatan". HR Bukhari (no: 2796).

2- Tidak boleh menyandarkan pemakaian helmet secara khusus itu sebagai sunnah Nabi SAW, kerana dimaklumi bahawa sunnah ialah yang disandarkan kepada Nabi secara perbuatan, percakapan, pengakuan dan sifat.
Oleh itu, pemakaian helmet dikategorikan sebagai MASALIH MURSALAH, yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan, dan menjadi kewajipan rakyat mematuhinya. Dan ia bertepatan dengan maqasid utama syarak iaitu MENJAGA NYAWA.

Wallahu A'lam