SJ-13-0391 : memberi salam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0391 : memberi salam

:salam minta pencerahan dr forumers ttg adab memberi salam..bnrkah ada hadith mengatakn ketika kita memberi salam smbil mengangkat tangan(dr jauh atau melepasi seseorg),tangan yg diangkat tdk blh melepasi paras kepala?.. :eeeek:

SJ-13-0391 : memberi salam

:wassalam alJawab:

al-Jawab:

Imam anNawawi dalam al-Azkar ketika membahaskan tajuk hukum memberi salam menyebut hukum makruh jika kita hanya menggunakan isyarat tangan sebagai ganti salam. Ini merupakan budaya kaum Yahudi dan Nasrani Madinah yakni mereka hanya memberi salam dengan isyarat tangan sahaja. Dalilnya hadith dari Amru bin Syu'aib bahawa Nabi melarang umat Islam menggunakan bahasa isyarat tangan dengan menggantikan ucapan salam sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani (HR Termidzi (2695), hadith hasan.

Namun hadith Asma' bte Yazid pulak, Nabi saw pernah memberi salam diikuti dengan mengangkat tangan. Hadith Abu Daud (5204) dan Termidzi 2697), hadith sahih.

Namun perincian seperti yg anda kemukakan tidak ada asalnya. WA