SJ-13-0443 : Berbisik2????

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0443 : Berbisik2????

Salam Ustaz Abu Umair..

Saya ada satu persoalan. Semasa di alam persekolahan dulu, pernah ustaz marah2 jika saya berbisik dengan kawan sedangkan ada seorang teman lagi bersama..Kata ustaz, nabi larang berbisik2 jika bertiga...Sahih ke maklumat tu ustaz?

Kalau soheh, leh tak kita kiaskannya dalam situasi di mana 3 orang shabat, 2 daripadanya orang kelantan, seorang lagi orang perlis,...dua orang kelantan ni bercakap bahasa negeri mereka sehingga kawan dari perlis tidak faham apa2..apakah hukumnya sama dengan berbisik2...???

SJ-13-0443 : Berbisik2????

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Quote:
Saya ada satu persoalan. Semasa di alam persekolahan dulu, pernah ustaz marah2 jika saya berbisik dengan kawan sedangkan ada seorang teman lagi bersama..Kata ustaz, nabi larang berbisik2 jika bertiga...Sahih ke maklumat tu ustaz?

Hadis larangan daripada berbisik-bisik antara dua orang sedangkan terdapatnya orang yang ketiga ketika itu adalah Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Syaikhain (Imam Bukhari : 6290 dan Imam Muslim : 2183) dan hukum serta perintah larangan tersebut adalah thabit dari Rasulullah saw sebagaimana dibawah :

ÅÐÇ ßäÊã ËáÇËÉ ÝáÇ íÊäÇÌì ÇËäÇä Ïæä ÇáÂÎÑ ¡ ÍÊì ÊÎÊáØæÇ ÈÇáäÜÜÇÓ ¡ ãä ÃÌá Ãä Ðáß íÍÜÜÜÒäå

“Apabila kamu bertiga , maka janganlah berbisik-bisik berdua sahaja tanpa disertai yang seorang lagi , kecuali kamu berada (bersama/bercampur) dengan orang ramai , kerana perbuatan tersebut menyakitinya (orang ketiga)”

Quote:
Kalau soheh, leh tak kita kiaskannya dalam situasi di mana 3 orang shabat, 2 daripadanya orang kelantan, seorang lagi orang perlis,...dua orang kelantan ni bercakap bahasa negeri mereka sehingga kawan dari perlis tidak faham apa2..apakah hukumnya sama dengan berbisik2...???

As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam menyebutkan dalam mensyarahkan hadis ini : “Termasuk dalam bab berbisik-bisik yang dilarang ialah berkata-kata atau bercakap dengan menggunakan bahasa yang tidak disenangi atau difahami oleh orang ketiga.

Maka , seelok-eloknya , hendaklah perbuatan tersebut dielakkan, kerana sudah tentu ianya akan menimbulkan perasaan tidak senang hati serta gelisah dalam diri orang ketiga.

WA

Ruj :

Taudhih al-Ahkam min bulughil maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Kitabul Jami’ bab al-Adab.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com