SJ-13-0525 : Ahlul Bait

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0525 : Ahlul Bait

:salam

saya mempunyai soalan kpda panel al-ahkam.net mengenai ahlul bait. Apakah maksud sbenarnya ahlul bait dlm hadith2 nabi?adakah keluarga dan keturunan nabi?ataupun keluarga nabi dan isteri2 nabi yg brada di rumah msg2 ketika mereka hidup dan apakah kata2 atau pendapat2 ulama2 mengenai ahlul bait dlm hadith2 nabi. harap panel al-ahkam.net dpt memberi jwpn yg jelas dlm persoalan ini.

terima kasih.

SJ-13-0525 : Ahlul Bait

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Ahl al-Bayt membawa maksud "orang rumah" atau sekeluarga. Istilah ini merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad :saw. Terdapat pelbagai penafsiran mengenai istilah ini. Kaum Syiah berpendapat bahawa Ahl al-Bayt hanya meliputi lima orang iaitu Ali, Fatimah, Hasan dan Hussain disamping Nabi :saw, serta 9 imam berikutnya yang merupakan keturunan dari Hussain. Mereka juga merujuk kepada ayat 33 surah al-Ahzab yang merujuk kepada 5 orang tadi, dan tidak termasuk isteri-isteri Nabi :saw.

Bagi kaum Sunni, istilah ahl al-Bayt termasuk keluarga Nabi :saw dan isteri-isterinya. Dengan menggunakan dalil yang sama, ayat 33 suran al-Ahzab, Imam Ibn Kathir rh mengatakan bahawa ayat ini menjelaskan bahawa isteri-isteri Nabi :saw termasuk dikalangan Ahl al-Bayt. Firman Allah swt :-

ÅöäøóãóÇ íõÑöíÏõ Çááøóåõ áöíõÐúåöÈó ÚóäßõÜãõ ÇáÑøöÌúÓó Ãóåúáó ÇáúÈóíúÊö æóíõØóåøöÑóßõãú ÊóØúåöíÜÜÑÇ
dir="ltr">"Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). " [al-Ahzab : 33]

Kata Ibn Kathir, ulama' sepakat mengatakan bahawa ini merupakan salah satu sebab diturunkan ayat ini. Ibn Abi Hatim meriwayatkan bahawa Ibn 'Abbas mengatakan bahawa : Ayat ini diturunkan semata-mata mengenai isteri-isteri Nabi :saw. Ikrimah berkata : Barangsiapa yang tidak bersetuju bahawa ayat ini diturunkan semata-mata mengenai isteri-isteri Nabi :saw, Aku sedia bertemunya dan berdo'a dan moga Allah melaknati sesiapa yang menipu.

Didalam sebuah riwaat Imam Ahmad, dari Zaid ibn Arqam ra, dimana beliau berkata : Rasulullah :saw telah berkhutbah kepada kami diperigi bernama Khum, diantara Makkah dan Madinah. Dia memuji Allah dan berkata : Wahai manusia, sesungguhnya Aku seorang manusia, nanti Allah swt akan datang kepadaku dan aku akan menjawab panggilannya. Aku telah meninggalkan kepada kamu DUA perkara : Yang pertama adalah Kitab Allah, dimana disana adalah petunjuk Allah swt dan hidayah, maka berpeganglah kepada Kitab Allah dan taatinya. Maka baginda menyeru agar kita berpegang kepada Kitab Allah, dan dia berkata : Aku mengingatkan kamu kepada Allah mengenai Ahl al-Bayt, Aku mengingatkan kamu kepada Allah mengenai Ahl al-Bayt, Aku mengingatkan kamu kepada Allah mengenai Ahl al-Bayt.

ÝóÞóÇáó áóåõ ÍõÕóíúäñ : æóãóäú Ãóåúáõ ÈóíúÊöåö íóÇ ÒóíúÏõ ¿ ÃóáóíúÓó äöÓóÇÄõåõ ãöäú Ãóåúáö ÈóíúÊöåö ¿ ÞóÇáó : Åöäøó äöÓóÇÁóåõ ãöäú Ãóåúáö ÈóíúÊöåö æóáóßöäøó Ãóåúáó ÈóíúÊöåö ãóäú ÍõÑöãó ÇáÕøóÏóÞóÉó ÈóÚúÏóåõ . ÞóÇáó : æóãóäú åõãú ¿ ÞóÇáó : " åõãú Âáõ Úóáöíøò æóÂáõ ÚóÞöíáò æóÂáõ ÌóÚúÝóÑò æóÂáõ ÚóÈøóÇÓò " ÞóÇáó : Ãóßõáøõ åóÄõáóÇÁö ÍõÑöãó ÇáÕøóÏóÞóÉó ! ÞóÇáó : äóÚóãú .
dir="ltr">Hussain berkata kepada nya (Zaid), siapakah Ahl al-Bayt? Bukankah isterinya termasuk didalam Ahl al-Bayt? Zaid berkata : Isteri-isterinya adalah termasuk Ahl al-Bayt, akan tetapi Ahl al-Bayt diharamkan menerima sedekah (zakat) selepas kematiannya. Dia (Hussain) berkata : Siapakah mereka ? Dia berkata : mereka adalah keluarga Ali, keluarga 'Aqil, keluarga Ja'far dan keluarga 'Abbas. Hussain berkata : Semua mereka ini diharakan menerima sedekah? Zaid berkata : YA. [Riwayat Ahmad #18464].

Riwayat diatas menjelaskan ruang-lingkup Ahl al-Bayt, dimana termasuk didalamnya isteri-isterti Nabi, kaum keluarga Ali, 'Aqil, Ja'far dan keluarga Abbas ra. WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين