1) Saya ada sedikit kemuskilan mengenai perubatan alternatif dan berharap tuan dapat memberi penjelasan mengenai hal ini.
2) Baru-baru ini saya telah menjalani rawatan di sebuah hospital pakar bagi penyakit batu karang. Setelah beberapa prosedur rawatan dibuat, Doktor pakar yang merawat saya telah memaklumkan bahawa beliau gagal untuk mengeluarkan batu yang terdapat di buah pinggang saya. Kenyataan ini mengakibatkan saya menjadi tawar hati untuk meneruskan rawatan setelah banyak wang, masa dan kesakitan perlu dilalui di dalam tempoh rawatan ini.
3) Di dalam tempoh yang sama, beberapa orang kawan saya telah memaklumkan tentang individu (bergelar Uztaz) di salah sebuah negeri di selatan semenanjung yang ‘pakar’ di dalam merawat penyakit batu karang.
4) Mengikut apa yang telah diberitahu, Uztaz ini akan menyapukan minyak dibahagian yang sakit sambil membaca ayat-ayat tertentu (dikhabarkan ayat Al-Quran) dan seterusnya dapat mengeluarkan batu karang tersebut lalu ditunjukkan kepada pesakit. Sesetengah pesakit semboh dengan sekali rawatan, dan ada juga yang perlu mendapat 2-3 kali rawatan. Tiada kesan darah dan luka yang kelihatan sepanjang rawatan.
5) Selepas menerima rawatan, pesakit akan merasa sedikit pedih seperti ditoreh dan letih umpama selepas pembedahan.
6) Bilangan pesakit yang menerima rawatan daripada Uztaz ini juga ramai sehingga perlu mengambil nombor giliran seawal sebelum suboh supaya tempoh menunggu dapat dipendekkan.
7) Beliau juga tidak mensyaratkan sebarang bayaran dan terserah kapada pesakit samada ingin memberinya atau tidak.
8) Beberapa orang pesakit yang telah menerima rawatan ini mengakui telah semboh sepenuhnya. Batu yang sebelum ini ada telah hilang dan ianya terbukti melalui imbasan x-ray atau CT Scan.
9) Mendengar dari cerita orang ramai tentang Uztaz ini menjadikan saya teruja untuk mencuba rawatan ini. Di dalam masa yang sama, perasaan ragu-ragu juga sentiasa bermain di fikiran saya kerana dikhuatiri syirik.
10) Ada yang mengatakan tidak salah mencuba kerana Allah menyuruh kita berikhtiar untuk mengubati penyakit. Ada juga sahabat saya yang langsung tidak menyokong kerana mereka mengatakan sudah pasti jin atau ‘khadam’ digunakan untuk mengeluarkan batu ini dan kita dilarang untuk bersekongkol dengan jin dalam apa jua perkara.
11) Didalam masa yang sama, saya juga tidak menolak kemungkinan Uztaz ini telah dianugerahkan oleh Allah swt kelebihan agar dapat membantu pesakit-pesakit seperti saya.
12) Berbagai pendapat diterima menjadikan saya bertambah keliru dan tidak mampu membuat keputusan yang muktamad.
13) Oleh itu saya amat berharap pandangan tuan akan perkara ini bagi menghilangkan sebarang keraguan yang timbul.
:salam
Ringkasnya , kita memang dituntut untuk mencari kesembuhan dan penawar terhadap penyakit yang datang menimpa diri.Perubatan dan rawatan yang dipilih mestilah yang tidak melanggar batas-batas syarak termasuk bebas dari unsur-unsur syirik.
Apa yang dapat kami sebutkan disini ialah kami disini tidak mempunyai kepakaran dalam bab ilmu perubatan Islam yang sememangnya kaedah dan rawatannya sekarang ini agak berlainan dengan cara dan kaedah rawatan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah saw di zaman Baginda saw dengan tambahan-tambahan yang berbagai-bagai.
Nasihat kami , agar saudara berhubung dengan mereka-mereka yang ahli dalam bidang tersebut agar mendapat jawapan yang sempurna.
Walaubagaimana pun , sekiranya bentuk dan kaedah perubatan yang dilakukan oleh 'Ustaz' tersebut mendatangkan keraguan dalam diri saudara , maka jalan yang terbaik ialah agar tidak meneruskan rawatan tersebut sebagaimana sabda Rasulullah saw :
ÏÚ ãÇ íÑíÈß Çáí ãÇ áÇ íÑíÈß
"Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu kepada yang tidak meragukan kamu"
[Hadis riwayat Ibnu Hibban dalam Sahih Ibnu Hibban : 723]
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com