SJ-1672: Jual beli di hari Jumaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1672: Jual beli di hari Jumaat

Ustaz, bila kah bermulanya pengharaman jual beli pada hari Jumaat? Bila saja sudah azan, atau bila solat akan di mulakan ? Dan adakah pengharaman jual beli juga bagi wanita? Adakah bekerja dengan majikan di anggap jual beli ?
Sekian

Re: SJ-1672: Jual beli di hari Jumaat

Jawab:

1. Keharaman itu bermula pada azan kedua (madzhab Syafi'iy) atau azan di mana Khatib memulakann khutbah.
2. Wanita, kanak-kanak, orang musafir dikecualikan dari hukum haram tersebut.
3. Jumhur merangkumi apa jua mu'amalat (tidak terhad pada jualbeli sahaja), hanya madzhab Hanbali yg berpendapat yg haram hanya jual-beli. Fiqh Islami
Allahu a'alam