SJ-1746: [SJ-1705] Susulan: Makan minum dlm Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1746: [SJ-1705] Susulan: Makan minum dlm Solat

Ustaz

Saya ada terbaca berkaitan SOALJAWAB AGAMA (tidak ingat sumber), bahawa jika kita mendapati ada sisa makanan selepas solat maka dikehendaki mendirikan solat tadi sekali lagi. tetapi bila membaca jawapan dari ustaz untuk SJ1705, saya rasa pelik pulak kerana soalan yang sama tapi jawapan berlainan. Adakah ini disebabkan pandangan mazhab yang berlainan?

Re: SJ-1746: [SJ-1705] Susulan: Makan minum dlm Solat

Jawab:
Memang terdapat variasi dalam pendapat Fiqh, dari seorang ulama' ke seorang ulama', dari madzhab ke Madzhab yg lain. Sebab sesuatu pendapat Fiqh itu dilihat dari 'siapa' (who's Who) yg berfatwa, di mana dan bila. Dalam hal variasi ini, kita hendaklah melihat sandaran dan dalilnya. Pendapat yg kita kemukan berdasarkan rumusan dan tahqiqan Dr Wahbah Zuhaily, seorang ulama' Perbandingan Madzhab dari Damsyiq. Allahu a'alam