Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
***********************
Saya akan menjawab persoalan ini dengan memetik jawapan Al-Fadhil Syeikh Prof. Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil ( bekas Mufti Republik Arab Mesir yang lalu ) , beliau menjawab :
“ Sesungguhnya amalan membaca Al-Quran Al-Karim merupakan salah satu amal-ibadat yang paling afdhal, yang dengannyalah seseorang hamba itu mendekatkan dirinya dengan Allah Ta’ala. Oleh itu, hal seseorang itu membaca Al-Quran untuk si mati , samada di rumahnya ataupun di kuburnya adalah HARUS di sisi syariat kita. Dan dengan kelebihan di sisi Allah Ta’ala , insya-Allah perkara itu akan meringankan lagi azab si mati di dalam kuburnya . Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah riwayat yang menyebut :
ãÇ ãä ãíÊ íÞÑà Úáíå ÓæÑÉ íÓ ÅáÇ Êåæä Úáíå
Ertinya : Tidaklah seseorang yang telah mati itu, apabila dibacakan untuknya surah Yasin , melainkan akan diringankan azabnya.
Tidaklah syak lagi , sesungguhnya Al-Quran Al-Karim itu adalah cahaya ( Nur ) dan dengan membacanya boleh menjadi sebab-musabab Allah Ta’ala menurunkan rahmatNya , keampunanNya dan keredhaanNya . Lantaran itulah kita melihat terdapatnya di kalangan keluarga si mati itu, mereka yang membaca Al-Quran untuknya dengan berharap agar Allah Ta’ala menurutkan rahmatNya kepada si mati yang mereka cintainya. “
RUJUKAN :
AL-FATAWA AL-ISLAMIAH , ms 628 , masalah : ADAT-ISTIADAT DI THAILAND YANG BERKAITAN DENGAN SI MATI . Terbitan : Maktabah At-Tawfiqiah, Kaherah.
***********************
NOTA TAMBAHAN :
- Riwayat hadis di atas tidak saya temui – sekadar ilmu saya yang sedikit ini – di dalam kategori hadis-hadis yang sahih berdasarkan pemeriksaan saya terhadap kitab-kitab hadis yang sembilan ( Sunan Tis’ah ).
- Terdapat juga beberapa kelompok umat Islam yang menganggap bahawa perkara ini adalah bid’ah yang tidak dianjurkan oleh RasululLah s.a.w , namun saya melihat perkara ini adalah perkara khilafiah di dalam sudut permasalahan furu’ ( cabang-cabang perlaksanaan ibadat ) yang tentunya BUKANLAH SEBAB untuk kita bertelagah sesama umat Islam, apatalah lagi untuk mengeji mereka yang tidak sealiran dengan kita di dalam masalah seperti ini.
- Perkara-perkara khilafiyah ( berlainan pendapat ) masih tetap boleh dibincangkan sesama umat Islam selagi setiap pihak sanggup untuk bermanis-muka dan berlapang-dada untuk mencari kebenaran ataupun mencari jawapan yang lebih cenderung kepada kebenaran.
- Adat masyarakat kita yang mempraktikkan amalan di atas BUKANLAH SEBAB MUNASABAH untuk mereka “diperangi” ataupun “disisihkan” ataupun “dilabelkan” sebagai kaum mubtadi’ah ( pencinta bid’ah ) , jauh sekali untuk dilabelkan sebagai “ kafir “ kerana semuanya itu tidak akan menyelesaikan kemelut umah.
***********************
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
Saya memilih untuk mengemukakan pendapat yg lebih kuat dari mantan Mufti Mesir. Ini kerana dalam Islam, walaupun kita anggap khilafiah sesuatu isu, AHKAM memilih untuk menjernihkan khilafiah sedaya mungkin dan mengemukakan pendapat2 yg lebih rajih.
Hukum membaca alQur'an di kuburan menurut tahqeeqan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (alIkhtiyarat, 53) merumuskan amalan ini MAKRUH menurut Jumhurul Ulama'. Maka Ibn Taymiyah merumuskan pendapatnya sendiri, bahawa amalan membaca alQur'an di kuburan adalah BID'AH tapi Mustahab membaca surah Yaasin kepada orang yg sedang sakit tenat. Syaikh Nasirudin Albani bersetuju dengan pendapat Ibn Taymiyah (tentang bid'ahnya amalan itu) tapi membantah pendapat Ibn Taymiyah mengenai membaca Yaasin kpd orang sakit kerana hadis2nya adalah Dha'eef.
Kerajaan Arab Saudi melalui Lajnah Daimah no. Fatwa : 2927, dengan resminya menegah perbuatan umat Islam membaca alQur'an di atas kuburan sebagai perbuatan yg tidak ada contoh dari generasi salaf.
Ini adalah pendapat yg latest berbanding dengan Lajnah Ulama' Patani yg saya semak yg berpendapat harus menunggu kubur, membaca Qur'an di atasnya, membuat kenduri arwah kerana takwilan mereka di anggap ganjil dalam mengeluarkan hukum dari nas-nas yg dipertikaikan.
Isu di sini : amalan membaca Qur'an atas kubur, tahlil kenduri arwah, menunggu kubur, mengunjungi pusara di hari lebaran adalah sudah menjadi uruf yg sebati sejak sekian lama. Bagaimana nak mengubah persepsi dan amalan ini? Ini merupakan isu yg paling rumit sebab amalan ini dipertahankan dan terus menerus diamalkan atas alasan kompromi dalam urusan khilafiah. yang sebenarnya ia bukan khilaf tapi kerana dah jadi darah daging, kita kehilangan punca bgmn nak merubahnya kembali kepada amalan asal Islam.
Yang pasti: amalan membaca Qur'an atas kubur ini bukan amalan salaf dan tidak ada dalil sahih yg meriwayatkan ia pernah diamalkan pada 300 tahun pertama sejarah emas Islam.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
20 / Rajab / 1423 H
28 / September / 2002 M
SABTU – Bandaraya Kaherah