Assalamualaikum,
Unjuran pada soalan mengenai status seorg. yg. ingin mempraktik pendapat yg paling shahih dalam isu hendak mengikut mahzab/imam/rajih, saya berpendapat ramai yang baru hendak berjinak dengan mendalami ilmu fiqh pada zaman ini akan diketemukan bahawa terdapat beberapa pendapat dalam sesuatu isu/hukum. Soalannya bagi para yang baru hendak belajar bagaimanakah keadaan praktiknya. Cthnya agak straight forward isu wuduk, kalau di Mekah masalah ramai org maka bolehlah bersandar pada pendapat lain. Bagaimana pula bagi yang berkenanaan solat cthnya jika berimam, imam membaca fatihah, ikut Assyafi'i makmum juga perlu membaca fatihah. Pendapat yang tengah adalah membaca fatihah sekadar dan berhenti apabila imam membaca surah seterusnya atau hanya mendengar imam and khusyuk dengan mendengar bacaannya. As'syafii berdasarkan bahawa imam itu wajib diikuti. Ikut Asasnya pemahaman org baru belajar/mungkin yang rata mengikuti syarahan akan keliru yang manakah lebih utama, akhirnya untuk mengelakkan kekeliruan semua taksub pada Assyafii tanpa membuka ruang pada pendapat lain. Saya sendiri pula yg baru ini lazimnya mengikut Syafi secara keseluruhan hanya bila pendapat Sunnah lebih kuat/yang memudahkan dengan dalil yang saya baru belajar saya cuba praktikkan. Cthnya berzikir selepas solat jamaah, ianya tidak ada basis sunnah, jadi saya pun terus bangun. Saya rasa seperti org lain saya baru sahaja hendak memahami prinsip-prinsip asas dalam Fiqh dan ini sebenarnya dilema Muslim dan Muslimat di Malaysia. Apa pendapat tuan. JKK
:wassalam
Jwb:
Polemik taklid (ikutan) dan ittiba' (ikut dgn tahu dalilnya) dijawab oleh Imam alMursyid Hasan Albanna (Usyul/Resolusi ke 7, Usyul Asyreen, Risalah Ta'alim pada Majmu' Rasail)
Tahap 1: orang awam yg tiada asas agama boleh bertaklid dgn bertanyakan ulama' yg wara', berilmu dan berpendirian tetap kerana amalan bertanya ini ada dasarnya (AQ 16:43), amalan bertanya ulama' ini kena diniatkan bahawa pendapat Imam itu bukanlah absolute atau muktamad. Ini mengelakkan taksub.
Tahap 2: Jika dia sudah ada asas dan ilmu sedikit sebanyak, boleh pula membuat kajian perbandingan antara pendapat Imam dan madzhab dan memilih yg terkuat. Ini tahap ittiba' (ikut dengan ada kefahaman)
Tahap 3: peringkat nazar, yakni mampu mengeluarkan hukum dari nas dalam hukum2 furu'. Ini sudah tentu dikhususkan kepada orang yg belajar jurusan agama dan merupakan aset kepada ummah.
Ketiga-tiga tahap ini dibenarkan dalam Islam, namun tahap dua dan tiga itulah jalan yg sebaiknya. WA