SJ-2169: Wahabi = Dakyah Zionis ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2169: Wahabi = Dakyah Zionis ?

Assalamualaikum wbt. ya ustaz...

Ana ada kemusykilan ya ustaz...baru2 ini, ana ada menerima e-mail dr seorg sahabat yg baru ana kenali...beliau merupakan penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir dlm jurusan Syariah...ana sekadar b'tanyakan p'dpt beliau ttg apa yg dikatakan Wahabi...maka, inilah jawapan dan pandangan beliau...

------------------------------------------------------------------------------------

ok, yang pertama dari segi pemikiran, jika kita lihat, wahabi ini datang selepas adanya imam mazhab yg 4.jika kita melihat dari perancangan yahudi, mereka mahukan umat islam yg ada bertelagah sesama sendiri.ini dapat di lihat sejak yahudi ditadbir oleh islam, kereka telah merancang satu rancangan yg tersusun mengikut piagam zionis mereka. maka mohamad abd wahab, telah membawa pemikiran baru yg kita tahu telah tersusun semua aspek islam dlm fuqaha' terdahulu sebelum mohamad wahab ini. juga telah dijelaskan oleh ayah mohamad sendiri, seorang kadi bahawa anaknya akan membawa fahaman yg sesat. abang Muhammad bin Abdul Wahab yang bernama Syaikh Sulaiman Abdul Wahab turut menentang beliau dan mengarang dua buah kitab yang berjudul Faslul Khitob Fi Raddi 'Ala Muhammad bin Abdul Wahab dan juga kitab As-Sawa'iq Al-Ilahiyah Fi Raddi 'Ala Al-Wahhabiah. Keganasan (irhab) yang dilakukan oleh beliau dan para pengikutnya yang berterusan hingga ke hari ini tidak lain tidak bukan kerana idea ekstrim yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab sejak mula lagi.Orang yang tergamak mengatakan bahawa umat Islam ini berada dalam syirik dan jahiliyyah selama 600 tahun tidak teragak-agak untuk menghalalkan darah umat Islam yang tidak sealiran dengannya dengan anggapan bahawa mereka adalah kaum musyrikin. wallah a'lam.

kedua, dari segi pemahaman tentang persoalan akidah..mohamad abdul wahab juga telah mengatakan bahawa sesiapa yg melawat maqam nabi, seolah2 menyembahnya. kita tahu, bahawa menziarahi kubur adalah digalakkan bagi menginsafi(abg tak mahu hurai panjang, adik ade bacekan:))..kemudian, beliau juga mendakwa jasad nabi telah reput dan tidak ade ape2 yg boleh dilihat dan dilawati. Kemudian diceritakan pula bahawa seorang buta yang berselawat ke atas nabi selepas azan diperintahkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab supaya dibunuh kemudian, ulama' wahabi moden, al-bandi, mengeluarkan fatwa bahawa wajib umat islam di palestin keluar dari bumi tersebut. Bukti yang dapat menunjukkan bahawa ajaran Wahabi ini memandang orang Islam lain yang tidak sealiran dengannya sebagai kafir ialah seperti yang dilakukan oleh Abdul Aziz Bin Baz dalam ulasannya terhadap kitab Fathul Majid (yang merupakan kitab akidah golongan Wahabi) di mana beliau mengatakan bahawa orang Mesir TUHAN mereka adalah Ahmad Badawi (seorang wali), orang-orang Iraq tuhan mereka adalah Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani, orang-orang Syam pula tuhan mereka adalah Ibnu Arabi!! Adakah disebabkan umat Islam menziarahi kubur para wali tersebut maka mereka terus dilabel sebagai menyembahnya?!! Bahkan Al-Albani sendiri seolahnya berbangga dengan gerakan dakwah Wahabi yang menggunakan senjata dan penumpahan darah di mana dinyatakan dalam kitabnya Fatawa Al-Albani: "Dakwah Wahabiah ialah dakwah yang menggabungkan antara ilmu dan PEDANG!!!". wallah a'lam.
ni satu cth sedikit dari mane yg abg tahu, tapi abg juga tak menafikan bahawa ada juga cara wahabi ni, dapat mengelak dari berlakunya kekecohan, terlampau taksub, dan sebagainya. sebagai contoh abg ambil dari arab saudi, di mana kita tahu bahawa di sane, kebanyakan mengamalkan wahabi. satu cth abg nak bawak, ketika di mekah atau madinah, kesan fahaman ini berjaya menghalang org ramai yg datang dari pelosok dunia terlampau taksub dgn bende yg menjadi tinggalan nabi muhammad s.a.wa atau nabi ibrahim a.s.jika mereka tak amalkan apa yg mereka ikuti, abg rasa mungkin tawaf akan sesak dan berlaku pergaduhan (hajr aswad), ramai dtg ke kelambu kaabah utk menggosok batu kaabah, dan keadaan ni boleh haru kan suasana. begitu juga di madinah, org yg melawat maqam, jika tiada pihak berkuasa sana menjaga dan berpikiran wahabi, abg rase dah runtuh maqam nabi dan minbar!!ni sume sbb abg pernah ke sane dan melihat sendiri. itu kelebihan yg Allah jadikan di mekah dan madinah berpikiran wahabi. ni cth sedikit yg abg dapat bwk.

yg ketiga, dari segi amalan ibadah.Mengharamkan maulud nabi , mengharuskan PERAYAN MUHAMAD ABDUL WAHAB AL-KAZAB , nauzubillah min zalik. Menambah qunut, WAHABI DAN SALAFI telah menokok tambah qunut, pada kesemua solat fardu , yang kita belajar adalah qunut subuh, tetapi ada pula qunut isyak, , zohor, asar, maghrib, dengan alasan QUNUT NAZILAH. Bidah yang keempat menghalang dari memakai serban , yang ini adalah jelas, wahabi tidak membenarkan rakyatnya memakai serban katanya , nabi tidak memakai serban dengan cara melilit, Mereka mengatakan ziarah pada hari raya adalah bid'ah sesat, sedangkan rasullullah menyuruh kita menziarah kaum kerabat pada hari tersebut seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. ini adalah sebahagian saje..cuma abg nak hurai sini, pihak wahabi mengatakan semua bid'ah adalah haram, tapi mereka juga ada menambah tokok amalan dlm ibadah. abg juga tak perlu lah huraikan tentang amalan seperti tawasul kerana tawasul memang wujud di kalangan nabi dan pihak wahabi menolaknya.ada hadis yg menyebutnya. juga mengatakan melawat maqam merupakan perbuatan syirik. satu contoh saje abg bawak, di mana kisah nabi yaakub juga menyembah dan sujud kepada nabi yusuf.adakah ini syirik. tapi yg berlaku sekarang bukan menyembah, hanya melawat maqam yg kita ketahui mempunyai ilmu yg tinggi. salah kah utk kita menghormati mereka?

yang keempat, tafsiran ayat mutasyabihah. puak wahabi mengatakan bahawa Allah mempunyai tangan dan sebagainya (ada byk cth yg lain). ini meletakkan Allah serupa dgn manusia yg diciptakannya. tu je nak hurai.adik boleh bace yg adik belajar tu.

kesimpulannya, abg nak beritahu satu je, bahawa, pemahaman wahabi ini sebenarnya adalah fahaman pihak yahudi sebenar yg dicedok oleh ulama wahabi utk melemahkan dan melbagaikan serta menjadi umat islam berpecah belah. sbb kita ketahui, satu cth yg yahudi berjaya, mereka berjaya meruntuhkan kerajaan islam uthmaniah disebabkan umat islam pecah belah, tidak menolong antara satu same lain (antara kerajaan dlm uthamaniah). sikap pentingkan diri serta tidak peduli yg lain. ni satu faktor yg membawa kejatuhan uthamaniah. dan, fahaman wahabi ni, abg lihat dari segi haraki dan kesatuan islam sebenar, bukan dari segi ahli sufi, mahupun fahaman syiah dan lain2, abg melihat dari ittihad umat islam dan haraki utk menjatuhkan dan menyelenyapkan yahudi laknatullah dan kuncu2nya, maka pemahaman wahabi boleh merosakkan umat islam yg berada di bumi Allah ni. abg tak salahkan fikiran wahabi, tapi jgnlah sbb perkara yg menjadi furuk, kita perbesarkan dan akhirnya merugikan islam dan pihak kafir bertepuk tangan.
------------------------------------------------------------------------------------

Ana begitu musykil ttg hujah2 beliau...krn ana sendiri mengikuti kuliyah di Kedutaan Arab Saudi (Ustaz Abdullah Yassin) dan mengikuti usrah yg corak pemikirannya beraliran salafi...walaubagaimanapun, tidak pernah naqib ana menerangkan ttg p'kara di atas...

Ana amat b'harap dgn jasa baik ustaz agar ustaz dpt membantu ana menghilangkan kemusykilan ini...samada hujah beliau merupakan fakta yg benar atau fitnah semata-mata...wallahu'alam...

Sekiranya ustaz tidak keberatan, harap ustaz dpt menyertakan hujah yg lengkap bg memastikan jln yg haq dan yg bathil dpt disuluh dgn lebih terang...insyaAllah...

Wassalam...

Re: SJ-2169: Wahabi = Dakyah Zionis ?

:wassalam
Jawab:

Email itu adalah statusnya 'Junk mail' mel bakul sampah.
Pengirim itu adalam lulusan alAzhar yg palsu kerana graduan alAzhar yg tulin dgn semangat alAzhariiyyun ialah menjelaskan kekeliruan orang awam bukan meracuni lagi minda mereka.

Sudah banyak yg dijelaskan dalam website Ahkam pada ruangan Diskusi Umum atau ruangan Fiqh tentang kekeliruan ini.

Asal kekeliruan ini sebenarnya kerana sebiji kitab yg disibarkan oleh KH Sirajuddin Abbas yg diterbitkan oleh Pustaka Aman Press di bawah tajuk I'tiqad ASWJ. KH Sirajuddin Abbas adalah tokoh ulama' Nusantara yg faqih dalam Fiqh Syafi'iyah

Jadikan fitnah graduan alAzhar yg menyamar dan tulisan KH Sirajuddin sebagai suatu cabaran buat anda untuk mengenali siapakah Imam Muwahhidin syekh Muhammad Abdul Wahab. Dapatkan mana-mana kitab beliau dan telitilah isi kandungannya dan andalah sebaik-baik Hakim untuk mengatakan apakah wahabi itu. Salah satunya ialah "Risalah Tawheed" ada terjemahan dalam bahasa Malaysia atau Indonesia. Lawatilah Pustaka Indonesia, Jalan Mesjid India di Wisma Yakin. WA