SJ-2178: Wudhuk sesudah mandi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2178: Wudhuk sesudah mandi

:salam

Merujuk kepada jawapan di ruangan "Anda Bertanya - Kami Carikan Jawapan" - Utusan Malaysia, Selasa 14 Januari 2003. (tidak dinyatakan nama ustaz yang menjawab).

Minta penjelasan mengenai hukum yang mengatakan tidak perlu mengambil air sembahyang selepas mandi kerana dikatakan air lebih merata ketika mandi berbanding dengan mengambil wudhuk.

Antara dalil yang dikemukakan ;

1. Keterangan dari Aisyah r.a. , "Rasulullah s.a.w. tidak mengambil air sembahyang selepas mandi.' Riwayat Tirmizi dan lainnya.

2. Ibnu Umar menerangkan, ketika Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai wudhuk sesudah mandi, baginda berkata : "Wudhuk yang manakah yang lebih rata daripada mandi." Riwayat Ibnu Abi Syaibah.

3. Seorang lelaki berkata kepada Ibnu Umar : "Sesungguhnya saya berwudhuk selepas mandi." Kemudia Ibnu Umar berkata "Sesungguhnya kamu berlebih-lebihan"

4. Huzaifah berkata ; " Apakah tidak cukup seorang di antara kamu mandi dari atas kepalanya sampai kakinya, sehingga dia perlu berwudhuk lagi?" (Nailul Authar)

Menurut penulis tersebut, dari hadis dan keterangan para sahabat di atas tiada mengkhususkan pada mandi-mandi yang mana sama ada mandi wajib atau mandi biasa.

Bagi saya, ini adalah satu perkara baru. Sukar nak terima. Ikut logik betullah tu, tapi mungkin ada syarat-syarat lain atau hujah lain yang menolak dari menerima dan mengikutinya secara bulat-bulat.
Minta para ustaz jelaskan. Kalau betul, mudahlah kita.

Re: SJ-2178: Wudhuk sesudah mandi

:wassalam
Jawab:

Jika itulah jawapannya, ia suatu yg menggemparkan kerana jawapan itu hanya ada dalam kitab2 A.Hassan Bandung dan sedikit koreksi oleh A Zakariya dalam kitab Persis (persatuan Islam-alHidayah yg diterbitkan di Garut. 1988).
Pendapat ini diambil dari alHafeedz asySyawkani (Nailool Awthor) dan diperkuat oleh alMuhaddith Nashiruddin alAlbani (Tamamul Minnah).
Amalan ini bercanggah dgn jumhur fuqaha'.
Punca berlaku khilaf ini ialah matan hadis yg dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, anNasa'iy, Termidzi, Ibn Majah.
hadis-hadis ini jika dilihat dalam kitab alMughni (1/122), alMajmu' (2/195), Sunan Ibn Majah 1/20 dan alBaihaqee, Sunan alKubra dari Aisyah ra, menggunakan matan,"adalah RasuluLlah saw tidak berwudhu' lagi setelah (mandi) janabah."
Dalam kitab alMuntaqa (syaikhul Islam Ibn Taymiyah) dan Nailool Awthor (syawkani-syarah alMuntaqa), kalimah janabah itu dihapuskan dan diganti dgn Ghusl (mandi yg umum)," adapun Nabi saw tidak lagi berwudhu' selepas mandi."
Prof Teuku Hasbi Sidiqiey, Hukum Fiqh Islami, Jld 1 dalam tahqeeqannya, pendapat Jumhur lebih kuat kerana dalil2 hadis banyak mengisyaratkan mandi yg dimaksudkan itu ialah mandi janabah bukan mandi harian yg biasa. mandi janabah memerlukan niat begitu juga wudhu'.

Kompromi: alMuhaddith Nasiruddin alAlbani (Tamamul Minnah), menjelaskan petunjuk RasuluLlah saw ialah jika sebelum mandi itu dimulakan dgn wudhu', maka selepas mandi sudah memadai. A . Zakaria dari Persis, Garut, anak murid A Hasan Bandung membuat koreksi terhadap pendapat AHasan, bahawa , tidak boleh mandi menggantikan wudhu' kecuali mandi yg diniatkan untuk bersolat selepasnya. Ini bermakna mandi biasa yg tidak ada niat utk solat, maka ia belum berwudhu'. (Jld 1/141)